Anda di sini

Jelajah komedi #KitaOK Harith Iskander ‘live’ di Kuching pada Rabu ini

Advertisement

KUCHING: Semangat cinta negara dan perpaduan yang dijiwai warga Malaysia ketika negara dilanda berbagai cabaran bukan sesuatu yang remeh.

Sekiranya ada seorang individu yang boleh menyuntik ‘satirake’ dalam anekdot-anekdot liku-liku kehidupan seharian di Malaysia, pastinya individu berkenaan ialah Laugh Factory’s Funniest Person in the World 2016, Harith Iskander.

Sememangnya itulah yang akan dilakukan oleh Mahasifu Komedi Stendap Malaysia di #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander ‘Live’ 2018 anjuran Celcom yang bakal berlangsung di dalam bulan Februari dan Mac tahun ini.

Selanjutnya, Harith akan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa hakikatnya #KitaOK sebagai satu negara.

Celcom dengan bangga telah dan sedang menganjurkan siri jelajah komedi yang berlangsung bermula dengan Harith beraksi di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 24 Februari lepas dan seterusnya di Johor Bahru di Hotel Thistle pada 1 Mac bermula jam 8.30 malam.

Bagi mereka yang tidak puas menonton Harith sekali sahaja semasa persembahannya di Kuala Lumpur, dicadangkan agar merancang Cuti-Cuti Malaysia setempat dengan destinasi-destinasi jelajah komedi tersebut khususnya di Melaka (Hotel Ramada – 9 Mac), Pulau Pinang (Komtar, The Top Ballroom – Mac), Kuching (Hotel Pullman – 14 Mac), Kota Kinabalu (Dewan Port View Palace, Dewan Hakka – 15 Mac) dan Labuan (Tiara Labuan Hotel – 16 Mac).

Bakat melawak Harith bermula menerusi bakat semulajadi di dalam mengarang dan mempersembahkan komedi yang berasaskan gaya hidup seharian di Malaysia dan kini Harith merupakan pelawak pertama yang berjaya mempelopori komedi stendap tempatan yang kini diminati oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia. 

Setelah 27 tahun berada di tangga teratas di pesada komedi Malaysia, Harith telah mengharumkan nama negara dan meletakkan Malaysia di peta komedi dunia menerusi kejuaraan beliau di dalam pertandingan Laugh Factory’s Funniest Person in the World serta persembahan komedi khas beliau di laman web Netflix.

Walaupun beliau telah meraih kejayaan dan kini dikenali di peringkat antarabangsa, Harith tetap bangga di atas penampilan komedinya yang mencerminkan keunikan budaya negara hasil kehidupan dan interaksi di kalangan berbilang kaum.

Tidaklah menghairankan yang Harith, menerusi usahama dengan Celcom, akan menjelajahi negara bagi menghiburkan rakyat Malaysia dengan persembahan komedi beliau.

Harith berkata, “Berbekalkan pendekatan baru setelah mewakili Malaysia di pesada dunia, matlamat saya kini ialah untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengupas dan menampilkan maksud sebenar istilah ‘being Malaysian’ menerusi gaya komedi teater saya yang berasaskan sejarah, kebudayaan dan lain-lain perkara yang mencuit hati yang bersesama membentuk keMalaysiaan kita. 

Saya harap #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander ‘Live’ 2018 anjuran Celcom akan mengajak rakyat Malaysia untuk menyedari dan menghayati banyak ciri positif yang ada walaupun tatkala negara menghadapi dan mengharungi berbagai cabaran dan bersyukur di atas keamanan, keharmonian dan gelak ketawa yang kita nikmati sebagai rakyat Malaysia dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad berkata bahawa Celcom berbangga menjadi penganjur #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander ‘Live’ 2018 kerana ianya mencerminkan sokongan Celcom ke arah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Azwan berkata, “Celcom Axiata mewar-warkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum dan inilah sebab mangapa Celcom berasa sungguh berbesar hati untuk melibatkan diri di dalam jelajah komedi ini. 

Pihak kami yakin Harith Iskander akan dapat menampilkan semangat 1Malaysia di dalam satiranya; semoga ia akan mengingatkan kita semua bahawa perpaduanlah yang telah membawa kita ke sini dan selanjutnya,” tambah beliau.

Antara pesanan yang Harith ingin kongsikan dengan rakyat Malaysia semasa jelajah komedi ini ialah untuk sentiasa bersatu-padu dan tidak mengetepikan “our great Malaysian sense of humour.”

Sebagai suatu khazanah negara, Harith kini telah memulakan langkah #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander Anjuran Celcom ke serata pelusuk negara bersama misi untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi komedi – gaya Malaysia.

Mari warga seluruh Sarawak kita rebut peluang bersatu dalam suasana gembira dan gelak ketawa bersama pelawak juara komedi dunia di Pullman Kuching pada Rabu ini.

Bagi butiran selanjutnya mengenai Harith Iskander dan #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander 2018 Anjuran Celcom, sila layari http://harithiskander.peatix.com atau hubungi hotline: +6013 523 1491.

Tiket dijual pada harga RM258, RM198, RM98 dan RM58.

Advertisement