Anda di sini

Duta baharu turki sasar tingkatkan lagi hubungan perdagangan dua hala

Advertisement

KUALA LUMPUR: Duta Besar Turki ke Malaysia yang baharu dilantik, Dr Merve Safa Kavakci, menyatakan hasratnya untuk mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dua hala antara Turki dan Malaysia dalam bidang baharu dan yang sedia ada.

Kaavakci, yang dilantik sebagai duta baharu pada Januari tahun ini, berkata selain merancang untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam bidang sedia ada seperti pertahanan, komoditi dan elektronik, Turki turut melihat kepada kemungkinan dalam bidang kerjasama baharu termasuk pelaburan dan pertukaran perkhidmatan.

Bagi peringkat yang akan datang (kerjasama), di mana kedua-dua pihak telah mengusahakannya, dan dijadual mengadakan perbincangan pada Mac, merupakan insentif baharu yang akan meliputi pertukaran perkhidmatan dan pelaburan, yang merupakan bidang baharu yang kita sedang teliti pada masa ini.

(Hubungan dua hala) bukan mengenai penguasaan. Ia merupakan persefahaman bersama dalam dasar yang adil dan platform ekuiti dan kesaksamaan untuk kerjasama lain bagi faedah bersama dan dalam industri pertahanan. Turki mempunyai banyak untuk ditawarkan (kepada Malaysia),” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menekankan hubungan perdagangan yang telah terjalin antara kedua-dua negara sejak perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia-Turki dimeterai pada 2015.

Kedua-dua negara telah mengusahakannya sejak itu, tetapi pada akhir 2017, imbangan perdagangan lebih kepada Malaysia. Sudah tentu, kami merupakan pengguna minyak sawit, getah dan beberapa barangan elektronik (produk).

Tetapi dalam bidang seperti pertahanan, Malaysia dapat melihat pencapaian saintis dan jurutera Turki, apabila mereka menghasilkan pesawat tanpa pemandu,” katanya.

Melalui pengukuhan sedia ada dan meninjau bidang kerjasama baharu, duta pertama negara itu yang memakai hijab turut menyatakan sasaran beliau untuk mencapai perdagangan yang seimbang dengan Malaysia, yang pada masa ini memihak kepada Malaysia.

Pada 2017, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Turki berjumlah RM12.02 bilion, dengan eksport dari Turki sebanyak RM10.51 bilion dan import RM1.55 bilion.

Antara produk eksport utama ialah minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit, pembuatan logam dan tekstil, pakaian dan kasut. — Bernama

Advertisement