Anda di sini

Dua rumah, tiga gerai terbakar di Kampung Sembirai

Advertisement
. Api marak yang memusnahkan dua rumah dan tiga gerai penduduk di Kampung Sembirai di sini.
. Api marak yang memusnahkan dua rumah dan tiga gerai penduduk di Kampung Sembirai di sini.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan serta pemadaman bara api sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya, hari ini.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan serta pemadaman bara api sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya, hari ini.

KOTA BELUD: Seorang lelaki melecur semasa menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah dan tiga gerai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata kejadian jam 3.27 pagi berlaku di Jalan Kuala Abai, Kampung Sembirai di sini.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan kita mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud untuk melakukan operasi pemadaman.

“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian, api sudah memusnahkan dua rumah dan tiga gerai jenis tidak kekal milik penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata anggota bomba menggunakan air dari dua jentera dan sumber air terbuka bagi memadamkan kebakaran.

“Api dapat dikawal jam 5.20 pagi daripada merebak ke kawasan lebih luas dan operasi ditamatkan jam 5.56 pagi.

“Ketua Operasi melaporkan seorang mangsa lelaki melecur pada bahagian bahu semasa menyelamatkan diri dalam kebakaran,” katanya.

Tambahnya punca kejadian serta jumlah kerugian keseluruhan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurutnya operasi dijayakan seramai 19 pegawai dan anggota BBP Kota Belud dan dibantu tiga Pasukan Bomba Sukarela.
 

  • oleh
  • Advertisement