Anda di sini

Sepuluh artis lagenda bakal kembalikan nostalgia di DBKL pada 18 Mac ini

Advertisement
 (Berdiri dari kiri) Herman Tino, Mohamad Adzan Mohd Fadzil, Datuk Freddie Fernandez, Imuda dan Abon serta (duduk dari kiri) Rozita Rohaizad, Datin Paduka Julie Sudiro, Hasliza Abd. Hamid dan V. Saragapani bergambar bersama selepas sidang media berkenaan. — Gambar Bernama
UNTUK ALBUM: (Berdiri dari kiri) Herman Tino, Mohamad Adzan Mohd Fadzil, Datuk Freddie Fernandez, Imuda dan Abon serta (duduk dari kiri) Rozita Rohaizad, Datin Paduka Julie Sudiro, Hasliza Abd. Hamid dan V. Saragapani bergambar bersama selepas sidang media berkenaan. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Sepuluh artis lagenda bakal mengadakan persembahan pada ‘Konsert Malam Nostalgia Lagenda’ di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 18 Mac ini.

Konsert yang dihoskan oleh Imuda dan Abon ini membariskan Jay Jay, Rahimah Rahim, Fredo, Datuk Yusni Hamid, Herman Tino, Datin Paduka Julie Sudiro, V. Saragapani, Rozita Rohaizad, Shidee dan Aspalela Abdullah.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata konsert tersebut lahir hasil kerjasama persatuan itu dengan PR Charity Lane untuk menganjurkan satu acara yang menampilkan artis veteran dan lagenda yang jarang mengadakan persembahan pentas.

Cadangan ini timbul setelah Karyawan mengadakan perbincangan dengan Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Pengasas PR Charity Lane dan juga bekas Senator, tentang nasib artis lama ini,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Cadangan tersebut seterusnya diketengahkan kepada WOWKL! yang dulu dikenali sebagai Saloma Bistro dan mereka amat berminat untuk menaja serta merealisasikan perkara ini,” tambah beliau.

FORMAT GALA

Menurut Freddie, setelah berjaya pada dua siri yang dianjurkan sebelum ini, kini konsert yang diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Mohamad Adzan Mohd Fadzil itu dianjurkan dalam format yang lebih gala.

Konsert yang bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, dianjurkan secara percuma dengan syarat pengunjung perlu mendapatkan pas masuk percuma di Menara DBKL 1.

Bagi mendapatkan pas masuk percuma, mereka yang berminat boleh menghubungi talian Hotline 03-26176300 (Cik Anis Syafinaz - 9 pagi sehingga 5 petang) dalam kadar segera.

Sidang media itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Rozita Rohaizad, yang mendendangkan lagu ‘Mahligai Kayangan’. — Bernama

Advertisement