Anda di sini

Sasaran 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020

Advertisement
 Gazali (duduk, lima kanan) bersama barisan tetamu kehormat lain bergambar bersama graduan yang menerima Diploma Persijilan Kemahiran Malaysia.
TINGKATKAN KEMAHIRAN: Gazali (duduk, lima kanan) bersama barisan tetamu kehormat lain bergambar bersama graduan yang menerima Diploma Persijilan Kemahiran Malaysia.

KOTA KINABALU: Usaha memperkasa tenaga kerja mahir yang dilaksanakan pada masa ini akan membolehkan sasaran mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020 dapat direalisasikan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata sasaran juga diberi kepada langkah menambah baik produktiviti buruh dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah.

Untuk mencapai sasaran itu, kita harus meningkatkan kemahiran mahupun bakat tenaga kerja sedia ada supaya dapat memperkasakan kebolehpasaran mereka,” katanya dalam teks ucapan yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas semasa Majlis Graduasi Skim Pengiktirafan Pencapaian Pengalaman Terdahulu (RPEL), di sini pada Sabtu.

Pelaksanaan Skim RPEL itu selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir dari kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Katanya, skim itu mengiktiraf proses pembelajaran dan pengalaman yang ditimba peserta selama bertahun-tahun dengan menganugerahkan mereka dengan Diploma Persijilan Kemahiran Malaysia.

Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi serta membuka ruang untuk prospek pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih tinggi.

Advertisement