Anda di sini

Polis sahkan tidak ada insiden tikam, tembak di Semporna

Advertisement
 

SEMPORNA: Polis mengesahkan mesej tular kononnya berlaku insiden warga emas ditikam dan dirompak di kaki lima sebuah institusi perbankan di pekan Semporna jam 10 pagi pada Isnin, sebagai palsu.

Penafian itu sebagai maklum-balas terhadap mesej tular yang turut mengatakan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM250 warga emas itu dirompak oleh perompak yang ditembak mati oleh pengawal bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Peter Umbuas berkata siasatan awal polis mendapati orang yang terbaring di kaki lima itu seorang gelandangan, lelaki berusia 20-an dan kurang siuman.

“Lelaki itu mengelar tangan kanannya sendiri dengan benda tajam, bukannya dirompak ataupun ditikam oleh perompak seperti yang disebarkan dalam mesej tular,” katanya.

Peter berkata polis trafik tiba di lokasi terbabit selepas dipanggil oleh orang awam pada jam 11 pagi sebelum ditunjukkan seorang lelaki yang terbaring di kaki lima bank.

Menurutnya, orang itu kini dirawat di Hospital Semporna dan polis menghadapi kesukaran usaha untuk berkomunikasi dengan lelaki terbabit kerana kurang siuman. 
 

  • oleh
  • Advertisement