Anda di sini

Pesawat membawa 67 penumpang terhempas di Nepal

 

NEPAL: Sebuah pesawat membawa 67 orang penumpang terhempas berhampiran lapangan terbang Kathmandu hari ini ketika hendak mendarat, kata pegawai.

Pasukan bomba cuba memadamkan kebakaran pesawat tersebut dan menyelamatkan penumpang-penumpang.

Kepulan asap hitam boleh dilihat dari padang bola sepak tempat pesawat tersebut terhempas, di timur satu-satunya landasan lapangan kapal terbang antarabangsa di ibu kota Kathmandu.

"Terdapat 67 penumpang dan empat kru penerbangan dalam pesawat tersebut," kata jurucakap lapangan terbang Prem Nath Thakur.

"Setakat ini 20 yang cedera telah dibawa ke hospital. Polis dan tentera cuba memotong pesawat tersebut untuk menyelamatkan yang lain," katanya. 

Rakaman video langsung yang disiarkan dalam Facebook menunjukkan asap menjulang tinggi di luar landasan, dimana pesawat lain menunggu di landasan.

Kenderaan kecemasan turut kelihatan menuju ke arah asap sementara orang ramai melihat dari jauh atau merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.

Nepal mencatat beberapa kejadian nahas udara dalam beberapa tahun ini, memberi kesan kepada industri pelancongan.

Rekod keselamatan udara buruk dipersalahkan sebahagian besarnya pada penyelenggaraan yang tidak mencukupi, juruterbang yang tidak berpangalaman dan pengurusan substandard.

Pada awal 2016, sebuah pesawat turboprop Twin Otter merempuh satu pergunungan di Nepal sekali gus membunuh semua 23 penumpang.

Dua hari kemudian, dua juruterbang terbunuh apabila pesawat kecil terhempas di kawasan berbukit di tengah negara tersebut. - AFP