
SIBU: Sibu menjadi lokasi kedua acara Mitsubishi Ultimate Drive yang menampilkan atlet permotoran Malaysia dan duta jenama Mitsubishi Motors, Leona Chin.
Eksekutif Kanan Komunikasi, Pemasaran dan Jualan Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd Cyrus Law berkata, acara sehari itu diadakan untuk mempromosikan kenderaan Mitsubishi.
“Orang ramai juga berpeluang pandu uji bersama Leona yang cukup dikenali dalam sukan permotoran,” jelasnya ketika ditemui di bilik pameran Jimisar Autotrade Sdn Bhd semalam.
Hadir sama ialah Pengurus Jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd, John Lau.
Turut diadakan ialah acara tiket bertuah RM888 dan sesi ‘Meet and Greet’ di mana peminat sukan permotoran berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama Leona.
Cyrus berkata, acara yang sama telah diadakan di Semenanjung Malaysia.
“Di Sarawak, acara dimulakan di Bintulu pada 10 Mac diikuti di Sibu hari ini dan diteruskan di Kuching pada 24 dan 25 Mac dan Miri pada 28 dan 29 Mac,” ujarnya.