Anda di sini

Rakyat Ranau mahu BN terus memerintah selepas PRU14

Advertisement

RANAU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata, rakyat Ranau mahu agar selepas Pilihan Raya Umum ke14, kerajaan BN akan terus memerintah negara supaya semua agenda pembangunan yang telah, sedang dan dalam perancangan akan terus berjalan lancar.

Menurut beliau, selepas dia dan rombongan melawat 157 kampung daripada 217 kampung seluruh Ranau, rata-rata penduduk kampung itu menyatakan kesediaan mereka untuk terus mengundi calon-calon BN pada PRU14 nanti bagi kesinambungan pembangunan.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan BN masih releven kepada kehendak rakyat terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang pada masa ini sedang menikmati pembangunan oleh kerajaan seperti pembekalan lampu elektrik, paip air, jalan raya dan sebagainya.

Sokongan tidak berbelah bahagi oleh penduduk kampung kepada kerajaan ini dapat dibuktikan melalui peyerahan borang kemasukan keahlian mereka dalam BN melalui parti Pertubuhan Pasok Momogun KadazanDusun Bersatu (UPKO).

Menurut Ewon, kebanyakan kampung yang beliau lawatai, akan sentiasa ada upacara penyerahan borang tersebut kepada beliau selaku Ketua Bahagian UPKO Ranau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung (Kg.) Lingkudau dan Kg. Tarawas baru-baru ini yang turut disertai oleh Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi dan Ketua Pemuda UPKO Ranau Hisyamuddin Harun.

Ketua Kampung Kg. Tarawas Semiun Kiting dalam ucapannya mengakui bahawa kerajaan BN telah banyak memberikan apa yang rakyat kampung itu perlukan terutamanya pembinaan jalan raya dari Kg. Bongkud hingga ke Marak Parak Kota Marudu.

Menurut beliau, jalan raya tersebut telah meningkatkan ekonomi penduduk yang bergantung kepada pertanian seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya.

Pembekalan lampu elektrik dan paip air juga telah memberikan mereka kemudahan seperti yang dinikmati penduduk bandar.

Jangan risau dengan kehadiran pihak pembangkang ke kampung ini sebab saya dan pemimpin kampung lain akan berjuang memberikan penerangan kepada semua penduduk tentang kebaikan untuk menyokong kerajaan,” katanya.

Semiun turut menjamin bahawa lebih 90 peratus penduduk Tarawas sedar dengan pembangunan yang telah kerajaan berikan dan ini menjanjikan mereka semua akan mengundi semua calon-calon BN pada PRU14 nanti.

Advertisement