Anda di sini

Pelbagai peluang pekerjaan diwujudkan untuk rakyat

Advertisement

TAWAU: Kerajaan sentiasa mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat ke arah menangani isu pengangguran yang semakin meningkat di negara ini.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan sedar akan keperluan ini dan sentiasa mencari inisiaitif bagi mengisi kekosongan guna tenaga di negara ini.

Menurutnya, kerajaan dan pihak swasta juga bekerjasama mengadakan banyak program dan latihan teknikal dan sebagainya untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran kumpulan pencari kerja di negeri ini khasnya.

Di negeri ini, selain peluang kerja di jabatan kerajaan, sebenarnya masih terdapat banyak peluang pekerjaan samada di sektor swasta atau bekerja sendiri dalam bidang yang memerlukan kemahiran tertentu, separa mahir dan sebagainya,’’katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bengkel kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di sini.

Katanya, kerajaan juga menyediakan pelbagai latihan kemahiran dan bantuan kewangan asalkan belia-belia memiliki sikap kemahuan yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan golongan belia dan memberi galakan mengikuti pelbagai program dan latihan kerjaya yang sememangnya memberikan manfaat kepada mereka,’’katanya.

Advertisement