Anda di sini

Tujuh janji kami - PH Sarawak

Advertisement
Chong ditemani Baru dan Fidzuan serta rakan Pakatan Harapan Sarawak memperkenalkan wajah baharu poster mereka.
Chong ditemani Baru dan Fidzuan serta rakan Pakatan Harapan Sarawak memperkenalkan wajah baharu poster mereka.

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak menjanjikan tujuh teras tawaran dan harapan baharu buat rakyat di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tujuh teras itu merupakan Manifesto PH Sarawak yang diumumkan Pengerusinya Chong Chieng Jen bersama dua timbalannya Baru Bian dan Fidzuan Zaidi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Negeri di sini pagi tadi.

Chong memberitahu tujuh teras itu adalah hapuskan GST dan mengekalkan BR1M, menstabilkan harga minyak dan mengembalikan subsidi petrol bersasar, mengembalikan 20 peratus royalti minyak dan 50 peratus pendapatan cukai wilayah Sarawak kepada Sarawak.

Selain itu, katanya, mengembalikan hak keputusan dalam pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak, membina infrastruktur awam dan menyediakan kemudahan dasar, menyediakan 100,000 pekerjaan untuk belia Sarawak yang menganggur serta mereformasi institut pentadbiran dan politik.

"Inilah janji kita untuk rakyat Sarawak jika dipilih untuk menjadi kerajaan pada PRU-14.

"Inilah tawaran baharu kita dan harapan baharu kita buat Sarawak," tegasnya.

 Chong menambah, beberapa teras daripasa tujuh teras itu akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas memerintah negara ini.
 

  • oleh
  • Advertisement