Anda di sini

Taktik sindiket gagal

 Amer (tiga kanan) menunjukkan bungkusan berisi pil-pil dipercayai dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah.
BAHAN BUKTI: Amer (tiga kanan) menunjukkan bungkusan berisi pil-pil dipercayai dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah.

MIRI: Taktik sindiket pengedarandadah yang memasukkan dadah kedalam bungkusan makanan dan pekbungkusan minuman bagi mengaburimata pihak berkuasa ternyata gagalapabila pelbagai jenis dadah dengan nilaihampir RM2 juta dirampas dalam duaserbuan Isnin lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk SeriAmer Awal yang menyifatkan rampasanitu sebagai rampasan dadah terbesar diSarawak awal tahun ini berkata, seoranglelaki warga tempatan berusia 20-an turutditangkap.

Menurutnya, hasil maklumat daripadaorang awam, sepasukan pegawai dananggota Bahagian Siasatan JenayahNarkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri berjaya menangkap suspek ditempat letak kereta sebuah stesen minyakdi Simpang Ngu, Jalan Miri-Bintulu, BatuNiah kira-kira jam 8 malam.

“Dalam serbuan pertama tersebut, polisberjaya menemui dan merampas dadahjenis Methamphetamine yang terdapatpada suspek.

“Susulan penangkapan suspekitu, serbuan dilakukan ke atas storpenyimpanan dadah suspek di sebuahpremis kediaman di Tanjung Lobang, disini kira-kira jam 10 malam hari yang samadi mana polis berjaya merampas pelbagaijenis dadah berbahaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidangmedia di IPD Miri sempena lawatannya kebahagian ini, semalam.

Amer berkata, antara dadah yangdirampas ialah Methamphetaminedengan anggaran berat 2,578 gram,kanabis (3,516.38 gram), Erimin 5 (1,230biji), pelbagai jenis pil ekstasi sebanyak3,568 biji (1,078.29 gram) dan pil berlogoWY dadah jenis Yaba sebanyak 950 biji(103.64 gram).

“Hasil ujian awal air kencing yangdijalankan ke atas suspek juga mendapatisuspek positif Methamphetamine.

“Suspek kini ditahan reman selamatujuh hari sehingga 13 Mac untuktindakan selanjutnya,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yangmembawa hukuman mandatori gantungsampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Amer berkata, polissedang giat menjalankan beberapaoperasi bagi mengesan konco-konco lelakiterbabit.

Difahamkan, sindiket tersebutdipercayai menjual dadah untuk pasarantempatan iaitu di bahagian ini sahaja.

“Pada kesempatan ini, sayamengucapkan terima kasih kepadapenduduk Miri yang sentiasa bekerjasamamelaporkan kepada polis untukmelumpuhkan rangkaian pengedarandadah di sini.

“Syabas juga kepada pasukan pengintip,serbuan dan tangkapan IPD Miri yangbekerja bertungkus-lumus memerhatikangerak-geri kumpulan ini selama lebihkurang sebulan,” katanya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah (KPD)Miri ACP Lim Meng Seah dan KPD SibuACP Stanley Jonathan Ringgit.

 Taktik sindiket meletakkan dadah ke dalam bungkusan makanan dan pek bungkusan minuman.
BERJAYA DIHIDU: Taktik sindiket meletakkan dadah ke dalam bungkusan makanan dan pek bungkusan minuman.
 Pelbagai jenis pil dan dadah yang dipercayai diedar untuk pasaran Miri.
MEMBINASAKAN: Pelbagai jenis pil dan dadah yang dipercayai diedar untuk pasaran Miri.
 Pelbagai jenis pil yang berjaya dirampas.
DISALAH GUNA: Pelbagai jenis pil yang berjaya dirampas.