Anda di sini

Kerajaan lulus RM1 juta untuk pembangunan ekonomi digital Sabah

Advertisement

KOTA KINABALU: Peruntukan tambahan berjumlah RM1 juta diluluskan kerajaan negeri untuk pembangunan ekonomi digital Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, peruntukan di bawah Geran Pelancaran Khas itu diluluskan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian.

Menurutnya, aktiviti ekonomi ketika ini dipacu oleh kemudahan Internet dan ini memerlukan lebih banyak lagi aplikasi atau platform e-Dagang.

Katanya, selain membantu menggerakkan kegiatan ekonomi digital di Sabah, ia juga mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat terutama golongan belia.

Dalam hal ini, kerajaan negeri bersedia untuk menyesuaikan polisi, peraturan dan undang-undang untuk menerima kaedah dan cara perniagaan dijalankan.

Jika ia memerlukan liberalisasi kaedah dan teknik, kita bersedia mengkaji dan memberikan ruang untuk mempromosi aplikasi dalam sistem perniagaan dan perdagangan.

Di samping itu, kerajaan negeri juga akan mengambil langkah untuk memastikan polisi menjalankan perniagaan di Sabah kondusif agar usahawan e-Dagang mudah menjalankan perniagaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar ‘Championing Sabah’s Digital Economy’ di sini pada Rabu.

Musa berkata, penyertaan memberangsangkan dan diluar jangkaan daripada peserta seminar menunjukkan masyarakat Sabah berpengetahuan tentang keperluan digital ekonomi sekarang.

Katanya, para usahawan di negeri ini perlu sentiasa peka terhadap peredaran masa untuk bersaing dalam industri perniagaan.

Pada masa sama jelasnya, para pemimpin juga perlu mengikuti perkembangan perindustrian untuk membantu rakyat khususnya golongan peniaga.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindsutrian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah dan pembantunya Datuk Bolkiah Ismail serta Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindsutrian Datuk Hashim Paijan.

Advertisement