Anda di sini

SPR Sabah siap siaga hadapi PRU14

Advertisement
YEOZREE (dua kanan) sempat berbual dengan beberapa wakil media yang menghadiri taklimat itu. Turut kelihatan, Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui (kanan).
YEOZREE (dua kanan) sempat berbual dengan beberapa wakil media yang menghadiri taklimat itu. Turut kelihatan, Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui (kanan).

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sabah siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penolong Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah Mohd Yeozree Izwan Jemil berkata, dari segi persiapan peralatan dan pengangkutan semuanya
disediakan mengikut jadual.

"Boleh dikatakan sekarang ini semua persiapan kita tiada masalah hanya tinggal taklimat dan persiapan akhir sahaja.

"Taklimat yang melibatkan semua pegawai dan petugas SPR juga sudah selesai sejak ia mula dijalankan pada Mac 2017," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Media Bagi Persiapan PRU-14 Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini pada Khamis.

Menurutnya, jumlah terkini pengundi di Sabah selepas diwartakan pada suku keempat 2017 adalah seramai 1,119,009 orang.

Yeozree berkata, jumlah berkenaan bertambah berbanding jumlah yang diwartakan pada PRU13 iaitu seramai 998,844 pengundi.

"Pertambahan berlaku setiap suku tahun dan isu timbul bila berlaku kematian yang tidak dilaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Proses pendaftaran pengundi berjalan sepanjang tahun dan ia diwartakan setiap tiga bulan.

"Selepas tutup sukuan, kita akan buat pameran. Sekiranya sepanjang tempoh pameran tiada bantahan, kita akan maklumkan kepada ibu pejabat untuk diwartakan," jelasnya.

Beliau berkata, lebih 20,000 petugas SPR ditempatkan di seluruh negeri untuk PRU14.

Katanya, jika berlaku pertambahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jumlah penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) sahaja yang akan bertambah.

  • oleh
  • Advertisement