Anda di sini

Sembunyi motosikal curi dalam bilik tidur

Advertisement
Farid meneneliti motosikal yang dirampas daripada suspek.
Farid meneliti motosikal yang dirampas daripada suspek.

 LABUAN: Dua pencuri gagal mengaburi polis apabila helah mereka menyembunyikan motosikal curi dalam bilik tidur berjaya dikesan sepasukan anggota polis di sini.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata kedua-dua suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Tanjung Aru, di sini.

"Kita menerima laporan polis daripada mangsa mendakwa motosikal jenis Modenas Kriss diletakkan di hadapan surau Kampung Patau-Patau 2 hilang
pada jam 10.24 malam Jumaat.

"Motosikal mangsa diletakkan dalam keadaan berkunci bagaimanapun tidak menggunakan kunci tambahan," katanya.

Bertindak daripada maklumat itu, beliau berkata pada jam 2.43 petang dua suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes ini berjaya ditahan.

"Ketika serbuan, polis turut menemukan sebuah motosikal yang tidak mempunyai nombor pendaftaran disembunyikan dalam bilik tidur suspek.

"Hasil semakan melalui sistem mendapati motosikal terbabit dilaporkan hilang di kawasan Rancha-Rancha dan rekod kesalahan kedua-dua suspek juga mendapati pernah ditangkap mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang penagih ditahan sepasukan polis bersama syabu seberat 51.18 gram di kawsaan industri Hab Halal Kampung Kiansam, di sini, petang Selasa.

Farid berkata dadah berkenaan ditemukan di dalam poket hadapan seluar suspek yang berumur 20 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan terbabit.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

  • oleh
  • Advertisement