Anda di sini

Gempa bumi sederhana gemparkan pantai barat Sabah

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 skala Richter yang melanda Sabah pada jam 9.06 malam ini menggemparkan penduduk sekitar pantai barat Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia Gempa bumi yang berpusat di 6.1 utara 116.6 timur terletak di 16 kilometer Barat Laut Ranau Sabah.

Buat masa ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima lebih 10 panggilan kecemasan berkenaan kejadian.

Jurucakap jabatan itu berkata kebanyakan panggilan diterima di bahagian Kota Kinabalu termasuk Kalansanan iaitu kawasan perumahan serta Luyang dan Kota Belud.

“Bertindak dengan panggilan anggota kita melakukan pemantauan di lokasi terbabit bagi sebarang operasi yang diperlukan.

“Anggota lain turut bersedia bagi menghadapi sebarang kecemasan termasuk gegaran susulan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini tiada kerosakan yang dikesan selepas gempa.

Advertisement