Anda di sini

Dirogol berkumpulan ketika mabuk

Advertisement
 

PENAMPANG: Polis menahan enam lelaki selepas dipercayai terbabit dalam kes rogol berkumpulan di kaki lima belakang kedai runcit kawasan perindustrian Yue Min di sini awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim (gambar) berkata pihaknya mengesan kejadian selepas mangsa membuat laporan pada jam 2.15 petang Isnin.

"Kejadian awal berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila mangsa keluar untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu dengan dua lelaki yang dikenalinya di kawasan kaki lima kedai runcit terbabit pada jam 8 malam.

"Semasa berada di sana mangsa mendakwa dibawa minum minuman beralkohol bersama empat lagi lelaki lain yang turut dikenalinya dan tidak sedarkan diri selepas meminum beberapa gelas alkohol," katanya.

Menurutnya mangsa hanya sedar kira-kira jam 11 malam sebelum mendapati bahagian kemaluannya terasa sakit selain baju dalam, zip serta butang seluarnya dalam keadaan terbuka.

Tambahnya mangsa tidak dapat berbuat apa-apa berikutan keadaannya dalam separa sedar dan hanya tersedar beberapa jam kemudian.

"Bertindak daripada laporan yang dibuat sepasukan anggota melakukan risikan dan polis berjaya menahan enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ini di Penampang Baru.

"Kita masih menjalankan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan rogol secara berkumpulan," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement