Anda di sini

Terowong Pulau Pinang: Reman ahli perniagaan disambung lima hari

Advertisement
 Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan tempoh reman lima hari lagi bagi membantu siasatan kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. — Gambar Bernama
SAMBUNG REMAN: Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan tempoh reman lima hari lagi bagi membantu siasatan kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Tempoh reman ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ yang dipercayai menerima RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang dilanjutkan lima hari lagi bermula hari ini.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tempoh reman suspek itu hingga 10 Mac ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini, direman enam hari mulai 28 Februari lepas.

Menurut sumber, suspek yang juga suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang suapan RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat itu membayar wang berjumlah RM19 juta secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. Bernama

Advertisement