Anda di sini

Kestabilan politik pengaruhi kualiti pendidikan negara

Advertisement
 Raime merakamkan kenangan bersama murid-murid yang menerima angpau pada program itu.
HARMONI: Raime merakamkan kenangan bersama murid-murid yang menerima angpau pada program itu.

TENOM: Kestabilan politik mempengaruhi kualiti dan sistem pendidikan negara. Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime berkata, kerajaan yang mempunyai pemimpin dan urus tadbir yang baik akan dapat mencorakkan masa hadapan negara.

Katanya, hubungan pemimpin dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini mempengaruhi sistem pendidikan negara kerana sesebuah kerajaan memerlukan sokongan daripada semua masyarakat.

Sekolah Cina mendapat tempat di hati penduduk di sini kerana pencapaian dan pengurusan pihak pentadbir sekolah yang sangat baik dengan mendapat kerjasama seperti Lembaga Pengelola Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Negara kita mempunyai pelbagai kaum, justeru adalah satu kekuatan bagi kita untuk bersatu dan saling bekerjasama dalam usaha membangunkan negara.

Kita mahu mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum ini tidak kira di sekolah ataupun di luar sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Angpau 2018 dan Penyampaian Sagu Hati UPSR Tahun 2017 di SJKC Chi Vun, baru-baru ini.

Raime menambah, bagi pihaknya beliau akan terus memberi sokongan dalam pelbagai aspek bagi bidang pendidikan di daerah Tenom.

Anugerah pelajar cemerlang dan sekolah cemerlang akan saya teruskan kerana memberikan satu impak yang positif dan membantu memberikan motivasi kepada pelajar serta guru untuk berusaha gigih melahirkan pelajar yang cemerlang di daerah ini.

Para ibu bapa juga perlu memberikan kerjasama kerana kita amat menghargai setiap inspirasi ibu bapa yang sememangnya menginginkan kejayaan anak-anak satu hari nanti,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Ridhuan Yusof, Guru Besar SJKC Chi Vun Wong Eh Chun, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Chiew Vui Fah, guru-guru dan para ibu bapa.

Advertisement