Anda di sini

Blok asrama lelaki SMK Datuk Peter Mojuntin terbakar

Advertisement
Blok asrama lelaki SMK Datuk Peter Mojuntin yang musnah dalam kebakaran terbabit.

PENAMPANG: Satu blok asrama musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi pada Isnin.

Kebakaran itu membabitkan blok asrama lelaki dua tingkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi kejadian.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.07 pagi dan operasi pemadaman tamat pada jam 9.02 pagi.

Setakat ini, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan bomba.
 

  • oleh
  • Advertisement