Anda di sini

Kejayaan Sabah hasil persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat

Advertisement

KOTA KINABALU: Kejayaan Sabah dalam pelbagai sektor pada hari ini adalah terhasil daripada hubungan baik terjalin di antara kerajaan negeri dan pusat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan yang terjalin di antara Sabah dan kerajaan persekutuan tidak dapat dinafikan sehingga memacu kepada pembangunan negeri ini.

Sekiranya kita mempunyai hubungan politik dan pentadbiran yang serasi, maka kemajuan di negeri ini dapat dicapai.

Saya sebagai Perdana Menteri sangat komited untuk masa depan Sabah, ini bukan retorik politik tetapi adalah yang benar,” katanya ketika menyampaikan amanat beliau pada Majlis Perhimpunan Perdana bersama Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sejak menjadi Perdana Menteri peruntukan untuk Sabah sentiasa diberikan keutamaan khususnya melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Katanya, kini seramai enam menteri persekutuan berasal dari Sabah yang mana sebelumnya ini adalah tujuh kesemuanya.

Jawatan ketua pengarah serta jawatan penting lain dalam kerajaan juga telah diberikan kepada orang Sabah,” katanya.

Menurutnya, kini guru, jururawat yang berkhidmat di Sabah adalah hampir kesemuanya adalah berasal dari negeri ini.

Dalam pada itu, Najib juga menjelaskan bahawa prestasi negara kini adalah berada yang terbaik dan tergolong dengan negara-negara dalam kumpulan A.

Orang yang mengatakan negara kita akan bankrap adalah tidak benar sama sekali, mata wang kita antara yang menunjukkan prestasi terbaik di dunia dalam tempoh dua bulan ini.

Ekonomi negara kita berkembang kerana prestasi Malaysia sentiasa di luar jangkaan,” katanya. — Bernama

Advertisement