Anda di sini

Taktik baharu sindiket penyeludupan dadah

Advertisement

JKDM tahan lima lelaki, rampas syabu 102.99 kg dengan nilai RM5.66 juta

Subromaniam, Hamzah menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas
Subromaniam, Hamzah menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas

SANDAKAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan taktik baharu sindiket penyeludupan dadah dengan menjadikan penerbangan domistik sebagai laluan menyeludup dadah di negara ini.

Ini ekoran susulan penahanan lima lelaki warga negara berumur 19 hingga 26 tahun yang membawa dadah jenis syabu seberat 102.99 kilogram dan dianggarkan bernilai RM5.66 juta yang diletakkan dalam lima bagasi.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Subromaniam Tholasy berkata kes tangkapan ini adalah merupakan kes kedua bagi tahun ini oleh JKDM Sabah melibatkan cubaan menyeludup dadah melalui mod udara di Lapangan Terbang di Sabah.

“Sindiket tersebut menggunakan penerbangan domestik untuk menyeludup dadah di sekitar negara ini. Penerbangan dari Kuala Lumpur menjadi pilihan sindiket itu untuk menyeludup dadah di dalam kargo,” katanya.

Beliau berkata JKDM amat memandang serius taktik baharu sindiket penyeludupan dadah di negara ini.

"Jika dahulu penerbangan domestik dianggap tidak berisiko. Sekarang sindiket ini telah mengambil peluang menggunakan penerbangan domestik untuk penyeludupan dadah," katanya.

Subromaniam berkata demikian ketika sidang akhbar mengenai kejayaan rampasan dadah di Lapangan Terbang Sandakan di Wisma Kastam di sini, hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Kastam Negeri Sabah Dato Hamzah Sundang dan pegawai-pegawai kanan Kastam.

Dalam kejadian Selasa lalu, beliau berkata lima suspek ini ditahan oleh sepasukan pegawai kastam di Bahagian Perkastaman, Cawangan Pemeriksaan Penumpang, Lapangan Terbang Sandakan sejurus tiba dari Kuala Lumpur melalui penerbangan AirAsia lebih kurang jam 9.35 pagi.

“Sepasukan pegawai kastam yang sedang membuat pemerhatian dan penilaian risiko ke atas penumpang penerbangan tersebut telah mengesyaki sekumpulan lima lelaki yang masing-masing membawa setiap bagasi setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata semasa di akunter pemeriksaan dimana pegawai kastam bertugas telah melakukan imbasan ke atas setiap bagasi yang dibawa oleh kesemua lelaki terbabit dan mendapati imej yang mencurikan pada bagasi-bagasi berkenaan.

“Kelima-lima suspek telah cuba melarikan diri melalui pintu keluar yang berdekatan dengan mesin pengimbas tetapi berjaya ditahan dan ditangkap oleh pegawai-pegawai kastam yang bertugas,” katanya.

Subromaniam berkata kelima-lima lelaki tersebut telah ditahan dan diarahkan untuk masuk ke pejabat kastam bagi pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut ke atas setiap bagasi orang yang disyaki telah berjaya menemui ketulan-ketulan disyaki dadah jenis Methamphetamine atau syabu dengan jumlah keseluruhan berat dianggarkan 102.99 kilogram dan bernilai RM5,664,450.00,” katanya.

Beliau berkata kelima-lima suspek telah ditahan reman selama 12 hari dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

  • oleh
  • Advertisement