Anda di sini

Minggu keenam Gegar Lawak di Astro Warna malam ini

Advertisement

KUCHING: Bertemakan ‘Muzikal’ pada minggu lalu, semua peserta solo, duo dan trio Gegar Lawak mempamerkan persembahan yang cemerlang sehingga mendapat pujian daripada ketiga-tiga juri.

Peserta yang paling mendapat perhatian pada

 Sabri Yunus, atau baru-baru ini lebih dikenali dengan panggilan #PokYaCongCodei sebagai juri.
JURI: Sabri Yunus, atau baru-baru ini lebih dikenali dengan panggilan #PokYaCongCodei sebagai juri.

malam tersebut adalah satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Bayu, sehinggakan juri jemputan, Joe Flizzow, tidak sempat untuk mencatatkan sebarang komen dek kerana terlalu asyik me-nonton persembahan anak didik pelawak Dzawin ini.

Persembahan Bayu pada malam itu melayakkannya menggondol anugerah Man On Demand.

Selain itu, melihat akan persembahan hebat yang ditonjolkan oleh setiap peserta, pihak juri sepakat untuk tidak menyingkirkan mana-mana peserta pada minggu lalu.

Pada minggu keenam ini yang juga merupakan minggu suku akhir, Bayu telah memilih tema yang cukup hangat iaitu ‘Viral’.

Peserta akan diuji menerusi kebijaksanaan mereka memilih topik-topik yang viral dan cara persembahan lawak mereka berdasarkan topik viral yang dipilih.

Menarik lagi, Sabri Yunus, atau baru-baru ini lebih dikenali dengan panggilan #PokYaCongCodei akan menduduki kerusi juri jemputan.

Agak-agaknya, topik viral apakah yang akan menggegarkan pentas Gegar Lawak malam ini?

Berjayakah persembahan peserta Gegar Lawak pada minggu ini menjadi viral?

Jom kita saksikan persembahan lawak kesemua peserta Gegar Lawak untuk minggu keenam malam ini (2 Mac), bermula jam 10.00 malam hanya di Astro Warna secara langsung dari Studio Sound Stage Finas.

Advertisement