Anda di sini

Lima bot PGA terbakar

Advertisement
 

LAHAD DATU : Lima bot milik Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditempatkan di Jeti Pangkalan Polis Marin Wilayah 4, Lahad Datu terbakar dalam kejadian yang berlaku pagi Jumaat.

Dalam kejadian itu, empat bot tersebut iaitu Bot Banggi 27, Bot Vanguard 11, Bot Vanguard 12 dan Bot Cenderawasih 100 peratus musnah terbakar, manakala sebuah lagi iaitu Bot Banggi 28 hanya mengalami terbakar 10 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam pukul 11.50 pagi melalui Sistem Mers 999 dari Pangkalan Marin Lahad Datu.

Katanya, seramai 12 orang melibatkan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu telah bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah jentera bomba dan sebuah kenderaan EMRS. 

"Sebaik tiba Pasukan Bomba berjaya memadam kebakaran menggunakan media pemadaman foam atau semburan buih pada jam 12.12 tengahari sebelum operasi ditamatkan pada pukul 12.28 tengahari," katanya.

Jelasnya, tiada kecederaan atau kematian dalam kebakaran itu dan bomba kini masih meneruskan siasatan berhubung punca kejadian serta jumlah kerugian.
 

  • oleh
  • Advertisement