Anda di sini

[VIDEO] Kilang perabot musnah terbakar

Advertisement
 

TAWAU: Sebuah kilang perabot di Batu 2 Jalan Apas musnah dalam kebakaran kira-kira jam 7.00 petang pada Khamis.

Utusan Borneo yang turut berada di lokasi kejadian difahamkan, premis ini turut menempatkan sebuah kedai alat ganti kenderaan.

Sehingga jam 8.30 malam, pasukan bomba dan penyelamat masih berusaha untuk memadam dan mengawal kebakaran.

Jalan utama dari kedua-dua arah antara Bandar ke Batu 4 Jalan Apas dan Batu 4 Jalan Apas terpaksa ditutup untuk membolehkan kerja-kerja memadam kebakaran dilaksanakan.

Difahamkan, daripada 16 motosikal yang diletakkan di dalam premis itu, hanya tiga yang dapat diselamatkan oleh orang awam.

Namun tiada maklumat lanjut berhubung jumlah kenderaan terjejas akibat insiden yang berlaku di premis berhadapan jalan utama di Bandar Tawau. 

Difahamkan, kebakaran berlaku akibat litar pintas bagaimanapun Utusan Borneo akan mendapatkan maklum balas daripada bomba untuk pengesahan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement