Anda di sini

Inisiatif baharu Astro cari pelapis generasi fesyen menerusi GenF

Advertisement
 Sepuluh pasangan peserta ‘GenF’ bergambar bersama Raqim, Vivy, Rizalman dan Hisyam Hamid.
BAHARU: Sepuluh pasangan peserta ‘GenF’ bergambar bersama Raqim, Vivy, Rizalman dan Hisyam Hamid.

KUCHING: Astro baru-baru ini telah melancarkan satu lagi program realiti pencarian bakat, ‘GenF’ yang bakal menampilkan usahawan berpengaruh, Vivy Yusof dan ikon fesyen masyhur, Datuk Rizalman Ibrahim.

Program GenF ialah sebuah program pencarian bakat berkonsepkan realiti untuk menggilap bakat pelapis pereka fesyen tanah air yang berpotensi untuk diketengahkan. 

Sebanyak 10 jenama bakal bersaing untuk me-rebut gelaran juara GenF untuk musim pertama ini.

Setiap jenama diwakili oleh dua orang pereka fesyen yang bergabung tenaga, kemahiran dan kreativiti untuk mengha-silkan rekaan terbaik. 

Selama lapan minggu kesemua peserta bakal diuji dengan dua buah cabaran iaitu cabaran ‘Mini’ dan cabaran ‘Utama’.

Untuk cabaran ‘Mini’, peserta akan melalui ujian kepantasan serta tugasan untuk menghasilkan rekaan berdasarkan produk yang diberi.

Pemenang cabaran ‘Mini’ akan diberikan ‘Ganjaran’ yang membolehkan peserta menikmati beberapa kelebihan antaranya masa atau nilai ringgit tambahan untuk sesi membeli fabrik.

Manakala cabaran ‘Utama’ pula memerlukan peserta melalui tugasan menghasilkan rekaan busana utama berpandukan tema atau konsep mingguan yang diberi.

Peserta diberikan tempoh masa 30 jam bagi menyiapkan hasil rekaan untuk terus kekal dalam pertandingan ini.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, “Menerusi program ‘GenF’, kami ingin mencari pelapis generasi fesyen yang kreatif dan inovatif mene-rusi bimbingan yang disediakan.

Kami mahu melahirkan pereka fesyen yang berilmu untuk meng-hasilkan rekaan yang mempunyai nilai perdagangan yang tinggi dan mahir dengan strategi berkesan untuk mengaut keuntungan hasil daripada rekaan yang dihasilkan,” tambah beliau.

Penerbitan ‘GenF’ turut disokong oleh jenama kecantikan antarabangsa terkenal, Lancôme selaku Penaja Utama dengan kerjasama Go Shop dan FashionValet.

Gedung fabrik terkemuka Malaysia, Euro Moda Gulati’s pula hadir sebagai Penaja Fabrik.

Kolaborasi ulung di antara Astro dan pihak penaja ini turut menampilkan figura yang membangunkan jenama ‘FashionValet’ iaitu Vivy Yusof selaku mentor dan juri tetap ‘Gen F’.

Bagi memperkasakan lagi program ini, seorang lagi ikon masyhur dalam bidang rekaan fesyen negara, Rizalman Ibrahim juga diberi mandat sebagai juri tetap program ini.

Pemilihan dua nama besar ini sebagai juri tetap dibuat berdasarkan reputasi dan kepakaran mereka dalam membangunkan perniagaan dan label fesyen jenama sendiri.

Dalam masa sama, Vivy dan Rizalman juga sering menjadi rujukan dan idola kepada sebilangan besar pencinta dan penggemar fesyen di negara ini.

Manakala dua orang juri jemputan juga turut diundang khas secara bergilir-gillir setiap minggu.

Dua juri jemputan tersebut terdiri daripada Ikon yang turut berperanan sebagai sumber inspirasi kepada peserta untuk menghasilkan rekaan mengikut tugasan cabaran mingguan yang diberi.

Manakala seorang lagi juri jemputan adalah selebriti dan pereka fesyen terkenal tanah air.

Antara nama besar yang diundang termasuklah Datuk Aznil Haji Nawawi, Puan Sri Tiara Jacquelina, Salikin Sidek, Bon Zainal, Chef Adu, Tanuja Ananthan dan ramai lagi.

Bagi membantu peserta dari sudut teknikal dan kreativiti, program ini juga menampilkan khidmat nasihat dua orang Guru Fesyen iaitu Zaihani Mohd Zain; seorang Pemerhati Fesyen yang tidak asing lagi dan Faizal Hamid yang juga merupakan Pensyarah Kanan Fesyen.

Aktor popular, Hisyam Hamid pula akan mengemudi ‘GenF’ selaku pengacara program.

Program ‘GenF’ ini akan disiarkan selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, 9.00 malam bermula 11 Mac 2018 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Juara ‘GenF’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 sumbangan Astro beserta koleksi kapsul tajaan FashionValet.

Advertisement