Anda di sini

Teksi perlu seiring dengan teknologi berdepan saingan dalam pasaran

Advertisement
 Raime (duduk, empat kanan) merakamkan gambar bersama peserta Bengkel Transformasi Industri Teksi.
BERKEMBANG SEIRING: Raime (duduk, empat kanan) merakamkan gambar bersama peserta Bengkel Transformasi Industri Teksi.

KOTA KINABALU: Industri perkhidmatan teksi perlu berkembang seiring dengan teknologi terkini agar mampu menikmati peluang agihan ekonomi ekoran daripada perkembangan semasa.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Raime Unggi berkata, pengguna kini mempunyai banyak pilihan sejak perkhidmatan e-hailing diperkenalkan di negara ini.

Selain corak konvensional dialihkan kepada satu sistem terbaik untuk pemandu teksi, mereka juga perlu pastikan perkhidmatan mereka sentiasa berada dalam tahap terbaik, sentiasa kemas dan beradab ketika menerima pelanggan.

Kita perlu menjadikan sistem pengangkutan kita terbaik agar pengguna berpuas hati daripada perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Transformasi Industri Teksi, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, undang-undang berkaitan pengangkutan awam termasuk e-hailing akan berkuat kuasa tidak lama lagi.

Katanya, satu had juga perlu dikenakan kepada perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar khususnya bagi memberikan keutamaan teksi yang menunggu pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Mereka harus diberikan keutamaan kerana mereka hanya menawarkan perkhidmatan di LTAKK.

Pengecualian boleh diberikan kepada mereka yang menghantar penumpang ke LTAKK tetapi untuk menerima penumpang di sana perlu diberikan kepada teksi lapangan terbang,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan e-hailing juga perlu mematuhi undang-undang pelesenan oleh LPKP sebelum dibenarkan beroperasi.

Apabila penguatkuasaan dilaksanakan nanti, diharapkan ia akan memuaskan hati kedua-dua pihak,” katanya.

Advertisement