Anda di sini

Konsert Panggung Suara kumpulan rock Pitahati memukau penonton

Advertisement
 Kumpulan Pitahati pada akhir persembahan.
DAPAT SAMBUTAN: Kumpulan Pitahati pada akhir persembahan.

KUALA LUMPUR: Konsert Panggung Suara dari Pitahati, kumpulan rock nusantara yang popular dengan lagu ‘Sahabat’ telah berjaya memukau penonton baru-baru ini.

Pengurus Pitahati, Rahman Saharddin berkata dalam kenyataan, beberapa penambahan baharu dilakukan pada persembahan kumpulan termasuk konsep visual yang lebih tepat terhadap penceritaan susunan lagu, pencahayaan, lakon teatikal dan prop yang berbeza.

Konsert yang diadakan pada 4 Feb lalu itu dianjurkan oleh Ruang Hati Kita dengan kerjasama Damansara Performing Art Centre (DPAC), Luncai Emas dan Warisan Hall Studio.

Pitahati, katanya, mempunyai potensi kerana mereka berani membuat persembahan yang berskala besar walaupun tempat duduk terhad kepada 200 penonton sahaja.

Para penonton terhibur dan melayar bersama dengan aduan dan pemilihan repertoire lagu-lagu dari seluruh album yang ada, disertai projection mapping yang diisi dengan reka cerita yang menarik,” tambah beliau.

SENI PERSEMBAHAN

Pitahati amat meniktiberatkan kualiti seni persembahan di mana mereka sentiasa bereksperimen dengan citarasa penggemar muzik konsert mereka.

Disebabkan itulah mereka menubuhkan Ruang Hati Kita untuk dijadikan platform mereka sendiri untuk mereka terus berkarya,” kata Rahman.

Pelakon yang dibaris oleh Setyo Wibowo, Khairil Ridzuan dan Fath Rodzi, menyelingi beberapa lagu seperti ‘Dari Minda Saorang Sutradara’, ‘Kedai Kopi 50-an’ dan ‘Tutup Panggung’ telah berjaya membuatkan penonton dibuai dengan visual berserta bunyi-bunyian.

Beliau juga berkata Pitahati kini masih di dalam perancangan untuk merangka sebuah ‘tour’ yang bakal bermula pada Julai tahun ini. — Bernama

 Persembahan memukau dari Pitahati.
MEMUKAU: Persembahan memukau dari Pitahati.
  • oleh
  • Advertisement