Anda di sini

Kenderaan pacuan empat roda terbalik di Jalan Kuhara

Advertisement
 Kemalangan pacuan empat roda terbalik mengakibatkan lalu lintas di Jalan Kuhara bergerak amat perlahan selama kira-kira satu jam.
NAHAS: Kemalangan pacuan empat roda terbalik mengakibatkan lalu lintas di Jalan Kuhara bergerak amat perlahan selama kira-kira satu jam.

TAWAU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas dan terbalik di Jalan Kuhara mengakibatkan lalu lintas bergerak amat perlahan selama kira-kira satu jam pada kedua-dua arah.

Kemalangan berlaku di Jalan Kuhara simpang Jalan Access Kuhara di sini kira-kira jam 11.45 pagi kelmarin, melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, kedua-dua pemandu berusia 43 dan 45 tahun terselamat dan tidak mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.

Kenderaan dari arah Jalan Air Panas hilang kawalan dan terbabas melepasi pembahagi jalan sebelum terlanggar kenderaan yang berhenti di lorong susur,” katanya.

Beliau berkata kenderaan terbabit kemudiannya terbalik di laluan bertentangan dan mengalami kerosakan di bahagian hadapan, tepi sebelah kanan dan bahagian bumbung.

Katanya, kedua-dua pemandu dipercayai tidak mabuk dan siasatan dibuka mengikut Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN166/ 99.

Advertisement