Anda di sini

Ribuan rakyat Romania berarak sokong ketua antirasuah

Advertisement
 Penunjuk perasaan berarak sebagai tanda sokongan kepada ketua badan antirasuah di hadapan bangunan kerajaan Romania di Bucharest kelmarin. — Gambar AFP
ANTIRASUAH: Penunjuk perasaan berarak sebagai tanda sokongan kepada ketua badan antirasuah di hadapan bangunan kerajaan Romania di Bucharest kelmarin. — Gambar AFP

BUCHAREST: Ribuan rak-yat Romania berdepan dengan suhu yang membeku kelmarin bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua terkenal dari badan siasatan antirasuah di negara itu, yang cuba digulingkan oleh kerajaan sayap kiri.

Menteri Kehakiman Tudorel Toader dari Parti Demokratik Sosial (PSD) telah melancarkan satu pro-sedur kelmarin bagi memecat Laura Codruta Kovesi, ketua pendakwa raya bagi badan antirasuah DNA, menuduh beliau sebagai “bersikap kuku besi”.

Kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berkumpul berhampiran bangunan kerajaan di ibu negara Bucharest, menurut agensi berita Agerpres, melaungkan “Codruta, jangan lupa, kami bersama dengan anda”, dan “Keadilan bukannya rasuah”.

DNA harus terus melakukan tugasnya, bagaimanapun menteri kehakiman harus pergi,” kata penunjuk pera-saan, Serban Alexe, seorang pakar komputer.

Beratus-ratus orang turut berkumpul di jalan raya di bandar-bandar barat Timisoara dan Cluj, termasuk di Brasov dan Sibiu di tengah Romania.

Sebagai ketua pendakwa raya DNA, Kovesi telah membantu membawa beberapa pegawai yang korup ke muka pengadilan sejak beberapa tahun ini di salah sebuah negara yang dibelenggu oleh rasuah dalam Kesatuan Eropah (EU).

Ini telah membuatkan wanita berusia 44 tahun itu mendapat pujian di luar negara di sam-ping musuh di peringkat tinggi di Romania, dengan ramai daripada mereka yang disabitkan adalah anggota atau rapat dengan parti pemerintah.

Lebih 2,000 penyokong telah berarak di Bucharest dan beberapa bandar Romania yang lain pada Khamis lepas selepas pengumuman Toader, di mana beliau menuduh Kovesi menyebabkan “imej Romania terjejas” di luar negara.

Di bawah undang-undang, ia adalah terpulang kepada menteri kehakiman untuk meminta pemecatan ketua pendakwa raya, namun keputusan terakhir mengenai sama ada untuk memecat Kovesi bergantung kepada Presiden Klaus Ionnahis, yang dari pihak haluan kanan dan menjelaskan pada Khamis lepas bahawa beliau berasa “gembira” dengan DNA.

Lebih 87,000 orang telah menandatangani satu petisyen atas talian menyeru kepada Ionnahis agar tidak memecat Kovesi. — AFP

Advertisement