Anda di sini

Remaja terbabit loteri tanpa lesen dibicara 28 Mac

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret Miri menetapkan 28 Mac depan untuk mendengar laporan akhlak seorang remaja perempuan yang mengaku bersalah membantu menjalankan aktiviti loteri tanpa lesen.

Sementara itu, juvana terbabit dibenarkan dibebas dengan jaminan RM1,000 dengan ibu bapa sebagai penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Juvana terbabit, 17, dari Long Teran Batu, Tinjar, Baram didakwa mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 serta penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati membantu menjalankan aktiviti loteri tanpa lesen iaitu perjudian empat nombor ekor dengan memiliki dua helai kertas tiket berangka 10,000 sebagai loteri awam haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 3.20 petang, 3 Februari lalu di sebuah premis di Taman Tunku di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement