Anda di sini

Polis berkas suspek cuba bakar rumah mentua

Advertisement
 Pintu rumah mangsa terbakar dipercayai selepas dibaling botol berisi minyak petrol oleh seorang lelaki.
MASALAH RUMAH TANGGA: Pintu rumah mangsa terbakar dipercayai selepas dibaling botol berisi minyak petrol oleh seorang lelaki.

BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membaling botol berisi minyak petrol ke rumah mentuanya hingga menyebabkan kebakaran kecil.

Kejadian terbabit berlaku di Kampung Melikai Menumbok dekat sini kira-kira jam 10.05 malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, suspek dikenali sebagai Mohd Zamzuri Mohd Yakob, 34,  bekerja sebagai penjual tiket bas.

Katanya, semasa kejadian isteri suspek bersama tujuh lagi ahli keluarga yang lain berada di dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, salah seorang saksi melihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan datang ke kawasan rumah itu sekitar jam 9.50 malam.

Siasatan mendapati kerusi dan pintu rumah itu hangus terbakar, selain dua botol yang masih berisi minyak petrol berada di tempat kejadian.

Tiada kecederaan berlaku pada semua penghuni di rumah berkenaan,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, isteri suspek mendedahkan tentang masalah rumah tangga yang dihadapi bersama suaminya.

Azmir berkata, pasangan terbabit masih dalam proses perceraian selepas lapan tahun berumah tangga.

Selain itu tambahnya, suspek juga pernah memukul dan mengugut isterinya untuk mati bersama jika mangsa tidak kembali kepadanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

Advertisement