Anda di sini

PNG kerah tentera, penyelamat bantu mangsa gempa bumi

Advertisement
 Gambar menunjukkan tanah runtuh dan kerosakan pada sebatang jalan raya                dekat bandar Tabubil selepas gempa bumi melanda Papua New Guinea semalam. — Gambar Reuters
ROSAK TERUK: Gambar menunjukkan tanah runtuh dan kerosakan pada sebatang jalan raya dekat bandar Tabubil selepas gempa bumi melanda Papua New Guinea semalam. — Gambar Reuters

SYDNEY: Papua New Guinea (PNG) semalam menghantar anggota tentera dan penyelamat untuk memberi respons kepada gempa bumi yang sangat kuat di kawasan pedalaman pergunungan di negara Pasifik ini, dengan laporan yang tidak disahkan mengenai kematian dan amaran untuk gegaran susulan serta tanah runtuh.

Pasukan penilaian telah menuju ke kawasan terjejas berhampiran pusat utama gempa bumi sekuat 7.5-magnitud, yang menurut US Geological Survey adalah kira-kira 90 kilometer di selatan wilayah Porgera in Enga.

Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi bangunan yang tinggi, bersikap berjaga-jaga bagi potensi untuk tanah runtuh, dan bersedia untuk bergerak ke kawasan terbuka dalam kejadian di mana satu gegaran susulan telah dirasai,” kata ketua setiausaha kerajaan, Isaac Lupari, dalam satu kenyataan.

Gegaran telah melanda pada kedalaman 35 kilometer pada kira-kira jam 3.45 pagi waktu tempatan, menurut ahli seismologi Amerika, sambil me-nambah bahawa tidak ada ancaman tsunami.

Wilayah itu merupakan kawasan utama pengeluaran minyak dan gas. ExxonMobil PNG berkata bangunan di Hides Gas Conditioning Plant mengalami kerosakan namun semua kakitangannya “se-lamat,” dan kakitangan tidak tetap telah dipindahkan.

Syarikat sumber asli Australia Oil Search menyatakan operasinya di kawasan itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi penilaian kerosakan, serta tiada kece-deraan dilaporkan di kalangan kakitangannya setakat ini.

Felix Taranu, ahli seismologi di Geophysical Observatory di ibu negara Port Moresby, berkata kenyataan dalam media sosial melaporkan ketiadaan elektrik dan kerosakan terhadap bangunan di Porgera, walaupun beliau tidak menyedari tentang sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu AFP gempa bumi telah dirasai de-ngan kuat di Gunung Hagen, kira-kira 168 kilometer jauhnya dari pusat gempa bumi.

Ia akan mengambil sedikit waktu untuk mendapatkan pasukan penilaian di luar sana dan mendapatkan satu gambaran jelas mengenai apa yang telah berlaku,” tambahnya.

Pengarah Geohazards Ma-nagement Division, Chris McKee, memberitahu AFP beliau masih belum menerima sebarang laporan mengenai kerosakan, walaupun terdapat satu laporan yang tidak disah-kan mengenai kematian.

Terdapat satu laporan yang tidak disahkan me-ngenai beberapa kematian dari Mendi (di Southern Highlands), namun saya tidak pasti di mana kematian itu telah berlaku,” katanya.

Kepusatan gempa bumi adalah di hutan tebal kira-kira 612 kilometer di barat laut Port Moresby. — AFP

Advertisement