Anda di sini

Nigeria sahkan 110 gadis hilang

Advertisement

Beberapa hari selepas Boko Haram serang sekolah di timur laut

 Barangan milik pelajar perempuan dilihat di asrama di sebuah sekolah di Dapchi di negeri tenggara Yobe                          di mana 110 gadis dilaporkan hilang selepas Boko Haram menyerang sekolah tersebut baru-baru ini. — Gambar Reuters
YANG TERTINGGAL: Barangan milik pelajar perempuan dilihat di asrama di sebuah sekolah di Dapchi di negeri tenggara Yobe di mana 110 gadis dilaporkan hilang selepas Boko Haram menyerang sekolah tersebut baru-baru ini. — Gambar Reuters

ABUJA: Kerajaan Nigeria kelmarin mengesahkan seramai 110 pelajar perempuan telah hilang selepas Boko Haram menyerang sebuah sekolah di timur laut, selepas beberapa hari berkabung mengenai nasib mereka.

Kerajaan Persekutuan berkata nasib 110 pelajar Kolej Sains dan Tek-nikal Kerajaan di Dapchi, wilayah Yobe, adalah tidak diketahui setakat ini, selepas pengganas dipercayai berasal daripada kumpulan Boko Haram menawan sekolah mereka pada Isnin”, menurut kementerian pe-nerangan dalam satu ke-nyataan.

Kenyataan muncul selepas pihak berkuasa tidak mampu mengesan 110 daripada 906 pelajar di sekolah tersebut, menurut pihak kementerian.

Penculikan telah membangkitkan persoalan mengenai dakwaan berulang kali oleh pihak tentera bahawa militan Islamis kini di ambang kekalahan, selepas hampir selama sembilan tahun pertempuran sengit.

Ia turut mengimbas me-mori penculikan beramai-ramai 2014 melibatkan 200 pelajar perempuan dari Chibok yang mengejutkan dunia.

Pada malam Isnin, pelajar yang ketakutan telah meninggalkan asrama sekolah ketika pejuang yang bersenjata memakai pakaian seragam tentera dan turban menyerbu pekan tersebut.

Pihak berkuasa pada mula-nya menafikan bahawa pelajar telah diculik.

Pada Jumaat, Presiden Muhammadu Buhari meminta maaf kepada keluarga pelajar perempuan tersebut, me-nyatakan: “Ini adalah satu bencana negara. Kami memohon maaf bahawa ini mungkin telah berlaku.”

Bekas pemerintah tentera Buhari telah dilantik pada 2015 dengan satu janji untuk menewaskan Boko Haram, selepas pejuang jihad menjadi semakin kuat di bawah pe-mimpin sebelumnya, Goodluck Jonathan.

Jonathan telah mengkritik dengan sekeras-kerasnya respons yang lembap kepada penculikan Chibok, yang melihat 276 gadis dari pekan di wilayah Borno diculik pada waktu tengah malam.

Dalam komen pertamanya mengenai Dapchi, Buhari berkata: “Ini adalah satu bencana negara. Kami berasa sangat kesal bahawa ini mungkin telah berlaku.”

Seorang guru di sekolah, Amsani Alilawan, menyata-kan terdapat anggota tentera di Dapchi sehingga bulan lepas namun mereka kemudian dipindahkan ke tempat lain.

Sebulan kemudian, mereka memanggil balik semua anggota tentera, mereka dipindahkan ke bahagian lain, mereka meninggalkan kami tanpa sebarang kawalan keselamatan,” katanya.

Saudara mara pelajar perempuan yang hilang pada minggu ini telah cuba mengepung konvoi datuk bandar daerah Yobe, namun ditolak oleh pasukan keselamatan.

Penculikan merupakan serangan pejuang jihad yang teruk yang melanda Nigeria sejak Buhari memegang kuasa.

Beberapa sekolah, terutama yang mempunyai kurikulum sekular, telah menjadi sasaran oleh Boko Haram, yang nama-nya diterjemahkan secara kasar daripada bahasa Hausa bermaksud “Pendidikan Barat adalah diharamkan”.

Perjuangan Boko Haram untuk membentuk sebuah negara Islam tegar di timur laut Nigeria telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 kematian dan lebih 2.6 juta lagi hilang tempat tinggi sejak 2009.

Pejuang jihad telah semakin banyak berpaling kepada penculikan bagi wang tebusan sebagai satu cara untuk membiayai operasi mereka dan mendapatkan semula komander utama di dalam penjara yang di-tukarkan dengan kerajaan Nigeria. — AFP

Advertisement