Anda di sini

Pasangan dera anak hadapi dakwaan baharu

Advertisement

Setiap seorang menghadapi tiga pertuduhan tambahan bagi penderaan anak-anak mereka

 David (kiri) dan Louise (tengah), ibu bapa remaja yang mengurung 13 anak mereka, hadir di mahkamah Riverside, California, kelmarin. — Gambar AFP
DIDAKWA: David (kiri) dan Louise (tengah), ibu bapa remaja yang mengurung 13 anak mereka, hadir di mahkamah Riverside, California, kelmarin. — Gambar AFP

RIVERSIDE : Pendakwa raya di sini, sebuah bandar berhampiran California, telah memfailkan beberapa dakwaan baharu kelmarin terhadap David Turpin dan Louise Turpin, pasangan yang dituduh telah menyeksa dan mengurung semua kecuali seorang dari 13 anak mereka, lapor United Press International (UPI) .

Pasangan tersebut setiap seorang berdepan tiga tuduhan tambahan bagi penderaan dan Louise Turpin berdepan dengan satu tuduhan baharu untuk serangan feloni.

Pertuduhan asal mendakwa mereka dengan 12 tuduhan menyeksa, tujuh tuduhan penderaan terhadap seorang dewasa yang bergantung, enam tuduhan bagi penderaan kanak-kanak dan 12 tuduhan bagi pengurungan secara paksa. Pendakwa raya turut mendakwa David Turpin dengan satu tuduhan bagi satu tindakan tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak secara paksa, ketakutan atau kemurungan.

Pasangan Turpin telah mengemukakan semula satu rayuan tidak bersalah kelmarin.

Anak perempuan pasangan itu yang berusia 17 tahun telah memaklumkan pihak polis mengenai penderaan tersebut pada Januari ketika beliau berjaya melepaskan diri dari rumah dan menghubungi 911 menggunakan sebuah telefon bimbit yang diaktifkan semula. Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan mereka telah menggeledah kediaman Turpin dan menemui “beberapa kanak-kanak yang dirantai pada katil mereka dengan rantai besi dan mempunyai mangga kunci dalam kawasan yang gelap dan berbau busuk.

Kesemua 13 adik-beradik itu kelihatan seperti mengalami kekurangan nutrisi dan sangat kotor, serta beberapa orang dari mereka mengalami masalah kognitif dan kekurangan pengetahuan asas, menurut pihak polis. Pihak berkuasa pada mulanya memikirkan semua adik-beradik itu sebagai bawah umur disebabkan oleh saiz badan mereka yang kecil.

Tiga belas adik-beradik itu termasuk tujuh dewasa dan enam juvana berusia lingkungan 2 hingga 29 tahun. Pihak polis tidak mendakwa pasangan Turpin kerana mendera anak yang paling kecil.

Seorang hakim Riverside County telah mengemukakan satu arahan perlindungan pada bulan lepas bagi menghalang Turpin dari bercakap dan berada dekat dalam jarak 100 batu dengan anak-anak mereka sehingga 2021.

Lebih dari sebulan selepas penahanan ibu bapa mereka, adik-beradik tersebut telah menjalani rawatan di beberapa hospital, yang dewasa telah dipisahkan dari yang masih kecil. Datuk bandar Corona Karen Spiegel memberitahu ABC News adik-beradik itu sedang mempelajari bagaimana untuk membuat keputusan bagi diri mereka sendiri dan sedang mendapatkan rawatan perubatan yang mereka perlukan.

Mereka telah mula untuk membuat rancangan bagi masa depan mereka, kata beliau. Minda mereka telah terbuka kepada mempunyai satu pilihan dan agar tidak dikawal.

Spiegel menyatakan adik-beradik tersebut tidak menemui seorang doktor selama lebih dari empat tahun dan tiada seorang pun yang pernah menemui seorang doktor gigi.

Sebahagian daripada mereka malah tidak mengetahui apakah kegunaan berus gigi, jelas beliau. — AFP

Advertisement