Anda di sini

Kumpulan bersenjata serang nelayan dipercayai bukan militanterdiri

Advertisement

KOTA KINABALU: Polis percaya kumpulan lelaki bersenjata, yang menyerang sebuah bot nelayan di Segama, Kinabatangan baru-baru ini, bukan anggota kumpulan militan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain berkata kumpulan itu dipercayai cuba membuat penculikan atau samun, namun gagal apabila lima nelayan yang berada di dalam bot itu berjaya menyelamatkan diri.

Siasatan mendapati kumpulan bersenjata ini berasal dari Filipina berdasarkan tempat kejadian berhampiran sempadan negara dengan Filipina,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Razarudin berkata polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti kumpulan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Khamis lepas, lima nelayan diserang kumpulan itu yang, antaranya, membawa senjata laras panjang. — Bernama

Advertisement