Anda di sini

18 terbunuh dalam serangan dua bom kereta di Mogadishu

Advertisement
 Seorang lelaki cedera akibat serangan bom kenderaan menerima rawatan di  Hospital Madina di Mogadishu, Somalia, kelmarin. Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam dua letupan bom kereta di bandar tersebut — Gambar AFP
TERUS BERDARAH: Seorang lelaki cedera akibat serangan bom kenderaan menerima rawatan di Hospital Madina di Mogadishu, Somalia, kelmarin. Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam dua letupan bom kereta di bandar tersebut — Gambar AFP

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 18 maut dan 20 tercedera apabila dua bom kereta meletup pada Jumaat lepas berhampiran dengan istana presiden dan sebuah hotel di bandar utama Mogadishu di Somalia, menurut perkhidmatan ambulans utama di bandar tersebut.

Pemberontak jihad telah mengakui bagi serangan tersebut.

Setakat ini kami telah mengumpul sebanyak 18 mayat dan 20 orang tercedera di salah satu dari kawasan letupan,” Abdukadir Abdurahman Aden dari Aamin Ambulance memberitahu AFP.

Pengeboman telah menyasarkan istana presiden dan sebuah hotel di bandar tersebut, menurut polis.

Letupan pertama, diikuti dengan bunyi tembakan, berlaku di sebuah pos pemeriksaan berhampiran dengan Villa Somalia, nama bagi kerusi kerajaan, sementara yang kedua berlaku tidak lama kemudian di sebuah hotel.

Saya boleh mengesahkan satu serangan di kawasan istana presiden,” menurut pegawai polis Ibrahim Mohamed.

Sebuah kereta lain yang membawa bahan letupan telah meletup berhampiran sebuah hotel yang baharu dibuka,” tambah Mohamed.

Kumpulan militan Islamis Shabaab telah mengaku bagi serangan dalam satu kenyataan yang dihantar secara atas talian, menyatakan ia menyasarkan kerajaan dan perkhidmatan keselamatan.

Letupan berlaku beberapa minggu bagi keadaan tenang di Mogadishu.

Menurut pihak berkuasa, serangan utama melibatkan penggunaan sebuah kenderaan yang memiliki bahan letupan cuba untuk menceroboh sebuah pusat pemeriksaan yang menuju ke istana presiden namun pasukan keselamatan berjaya menghalang serangan.

Pasukan keselamatan telah menggagalkan cubaan pengganas. Mereka telah menyasarkan bagi sasaran utama namun mereka langsung tidak dapat menghampiri, terdapat lima daripada mereka yang dibunuh oleh pasukan keselamatan,” menurut Abdulahi Ahmed, seorang pegawai keselamatan.

Situasi telah kembali seperti sediakala dan pasukan keselamatan sedang berkawal,” tambah beliau.

Pihak Shabaab sedang berjuang untuk menggulingkan kerajaan sokongan antarabangsa di Somalia. Pada Oktober ia telah melakukan pengeboman paling berdarah, membunuh lebih dari 500 orang.

Dalam kemunculan serangan itu kerajaan Somalia telah mengumumkan satu serangan baharu terhadap kumpulan dan serangan dron AS semakin kerap dilakukan.

Ketika kumpulan militan telah dihalau keluar dari ibu negara pada 2011 oleh satu pasukan tentera Kesatuan Afrika ia terus untuk mengawal bahagian besar di luar bandar dan melancarkan serangan yang kerap terhadap kerajaan, tentera dan sasaran awam. — AFP

Advertisement