Anda di sini

Telaga tiub manfaatkan lebih 650 penduduk Kampung Timbang Dayang

Advertisement

KOTA BELUD: Lebih 650 penduduk Kampung Timbang Dayang di sini gembira kerana menerima manfaat daripada pembinaan telaga tiub di kampung itu yang bernilai RM90,000.

Projek telaga tiub yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di bawah projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) itu siap pada Ogos 2017.

Perasmian telaga tiub yang mampu menjana sehingga 120,000 liter sehari itu disempurnakan oleh Menteri Komu-nikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak semalam.

“Melalui projek ini, telaga tiub dan sistem telaga dibina untuk kegunaan orang ramai dan pada masa sekarang JMG Sabah sedang menjalankan Projek Penilaian Rizab Air Tanah di Kawasan Lembangan Tempasuk-Kedamaian, Kota Be-lud.

“Hasil penilaian ini diharap boleh digunakan untuk pembangunan sumber air tanah sebagai bekalan air untuk kegunaan rakyat dalam kawasan ini dan juga untuk kegunaan aktiviti pertanian,” katanya ketika merasmikan projek itu.

Salleh berkata beliau akan berusaha mencari dana sebanyak RM80,000 untuk menampung kos kemudahan penya-luran air dari telaga tiub itu ke rumah-rumah penduduk.

Turut hadir Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Sabah, Mohd Yusof Ramli dan  Pengarah Unit Pemimpin Pem-bangunan Masyarakat (UPPM) SabahDatuk Japlin Akim.

Seorang penduduk, Sunardi Leen,37, yang gembira dengan projek  berkenaan berkata telaga tiub itu membekal-kan mereka dengan air lebih bermutu berbanding sumber air sedia ada sebelum ini.

“Telaga tiub ini digali sedalam kira-kira 100 kaki berbanding telaga tiub buatan kami sendiri yang sedalam 20 kaki. Sumber air dari telaga tiub buatan kami sendiri selama ini menyebabkan kain (warna putih) yang dibasuh berubah warna menjadi kuning,” katanya.

Abdul Mumin Badri,43, pula berharap bekalan air dari telaga tiub baharu berkenaan dapat sampai ke rumahnya secepat mungkin.

“Sumber air telaga tiub ini lebih jernih berbanding sumber air telaga tiub buatan kami sendiri. Saya memang gembira,” katanya. — Bernmaa

Advertisement