Anda di sini

Penganggur didakwa bakar rumah ibunya

Advertisement
 Moktal (tengah) diiringi anggota polis, keluar dari lokap.
KHIANAT: Moktal (tengah) diiringi anggota polis, keluar dari lokap.

KOTA KINABALU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat, membakar ru-mah ibunya sehingga musnah.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan pada 26 Mac untuk pengurusan kes, terhadap Moktal Mamad, 32, selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh membakar rumah ibunya yang berusia 63 tahun, pada 9 Februari jam 12 tengah hari, di sebuah rumah, Kampung Rampayan Laut, daerah Kota Belud.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun atau denda.

Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh, dengan mengambil kira keseriusan kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Moktal yang tidak diwakili peguam, terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.

Advertisement