Anda di sini

Gajah liar pijak mati dua di kem Rohingya

Advertisement

DHAKA: Seekor gajah liar kelmarin memijak sehingga mati dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, ketika ia mengamuk di sebuah kem pelarian Rohingya di Bangladesh, menurut pihak berkuasa.

Insiden itu berlaku di kem Kutupalong yang sangat besar di daerah sempadan tenggara Cox’s Bazar, di mana beratus ribu orang Rohingya berlindung selepas melarikan diri dari apa yang dikatakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik di daerah Rakhine di Myanmar.

“Gajah liar itu memijak seorang kanak-kanak Rohingya sehingga mati dan kemudian memijak seorang lelaki Bangladesh sehingga mati ketika ia dikejar oleh pelarian Rohingya dan penduduk kampung tempatan,” Ali Kabir, ketua jabatan hutan daerah, memberitahu AFP.

Kabir berkata sekurang-kurangnya lima lagi tercedera ketika gajah itu mengamuk melalui pondok tarpaulin dan buluh yang tidak kukuh, yang dibina di kawasan hutan selepas kedatangan pelarian yang bermula hampir enam bulan lepas. — AFP

Advertisement