Anda di sini

Budak hampir maut kerongkong ditusuk jarum kait

Advertisement
Xiao Yu (gambar) terpaksa menahan sakit lebih dari 11 jam sebelum jarum kait itu dikeluarkan melalui prosedur pembedahan.
Xiao Yu (gambar) terpaksa menahan sakit lebih dari 11 jam sebelum jarum kait itu dikeluarkan melalui prosedur pembedahan. - Foto Daily Mail

BIJIE: Seorang kanak-kanak terpaksa menahan azab selama lebih 11 jam apabila kerongkongnya ditusuk jarum kait selepas terjatuh ketika bermain di rumahnya di Bijie, Wilayah Guizhou di China.

Kanak-kanak lelaki tersebut, dikenali Xiao Yu, sedang bermain dengan jarum kait milik neneknya apabila insiden itu berlaku pada 13 Februari lalu, lapor Daily Mail yang memetik akhbar Guizhou Urban.

Batang logam itu menembusi lehernya apabila dia dikatakan terjatuh ketika berlari dengan meletakkan jarum itu dalam mulut.

Menurut doktor di Hospital Guizhou, nyawa kanak-kanak itu dalam bahaya kerana jarum itu telah tembus ke tengkoraknya.

Foto Daily Mail

Bagaimanapun, jarum sepanjang lima inci tersebut berjaya dikeluarkan melalui kaedah endoskopi.

Selepas menjalani pembedahan selama tiga jam, budak tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil.

Advertisement