Anda di sini

400 kilo kokain ditemui di kedutaan Rusia

Advertisement
 Gambar serahan Kementerian Keselamatan Argentina kelmarin menunjukkan operasi yang membawa kepada penangkapan pengedar dan hampir 400 kilo kokain dirampas dari kedutaan Rusia di Buenos Aires. — Gambar AFP
HASIL RAMPASAN: Gambar serahan Kementerian Keselamatan Argentina kelmarin menunjukkan operasi yang membawa kepada penangkapan pengedar dan hampir 400 kilo kokain dirampas dari kedutaan Rusia di Buenos Aires. — Gambar AFP

BUENOS AIRES: Polis merampas hampir 400 kilo kokain dari kedutaan Rusia di Buenos Aires dan menahan beberapa anggota sebuah kumpulan pengedaran dadah, umum menteri keselamatan Argentina kelmarin.

Patricia Bullrich memberitahu pada sidang media bahawa dadah tersebut ditemui di satu bahagian tambahan di kedutaan berkenaan dan memiliki nilai pasaran kira-kira 50 juta euro.

“Sekumpulan penjenayah narkotik telah cuba meng-gunakan perkhidmatan kurier diplomatik dalam kedutaan Rusia” bagi membawa dadah ke Eropah, me-nurut beliau.

Beliau memberitahu wartawan bahawa polis Rusia dan Argentina telah memutuskan untuk melakukan satu operasi sengit selepas duta Rusia memaklumkan mereka mengenai penemuan dadah pada Disember 2016.

“Kokain telah digantikan dengan tepung dan peralatan pengawasan dipasang bagi mengawasi penghantaran” 16 beg dadah tersebut, jelas Bullrich.

Beliau menyatakan operasi tersebut turut membawa kepada penahanan lima suspek – dua di Argentina serta tiga di Rusia.

Dadah tersebut, dengan “keaslian yang tinggi”, hendak dihantar ke Rusia dan kemungkinan juga ke Jerman, di mana perancang utama yang disyaki berada.

“Kami mempercayai polis Jerman akan menahan orang buruan ini,” ujar Bullrich.

Menteri berkata ejen per-khidmatan keselamatan Rusia “telah datang ke Argentina sebanyak tiga kali bagi membantu siasatan,” yang memakan masa lebih setahun.

Salah seorang daripada dua orang yang ditahan di Argentina adalah seorang rakyat Rusia secara asalnya yang merupakan anggota pasukan polis di Buenos Aires, menurut Bullrich.

Penyiasat mempercayai kokain tersebut mungkin berasal dari Colombia atau Peru. — AFP

Advertisement