Anda di sini

Perkukuh hubungan Malaysia-Rusia

Advertisement
 Pang (empat kanan) bersama para tetamu undangan majlis itu.
PROMOSI: Pang (empat kanan) bersama para tetamu undangan majlis itu.

KOTA KINABALU: Pembukaan cawangan baharu Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia (RCSC) di negeri ini platform terbaik tingkatkan industri pelancongan Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, pembukaan pusat berkenaan juga tepat pada masanya dalam menggalakkan lagi pertukaran ekonomi, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan bagi kedua-dua negara.

Saya percaya, ia bukan sahaja memperkenalkan budaya Rusia tetapi turut bertindak mempromosikan budaya Sabah kepada Rusia.

Penubuhan RCSC juga akan memperluaskan hubungan antara Malaysia dan Rusia dalam bidang budaya, ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Pembukaan RCSC di sini pada Rabu. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming.

Musa berkata, setakat ini lebih 1,000 graduan Malaysia berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University (KSMU) Rusia.

Sehubungan itu, pihaknya berharap lebih ramai graduan Malaysia yang tamat pengajian dan kembali berkhidmat di tanah air.

Sementara itu, Pengarah MGM Enterprise Kanoo Pillai berkata, operasi RSCS akan bermula pada 1 Mac depan.

Beliau berkata, dengan adanya pusat berkenaan di negeri ini, lebih banyak promosi akan dijalankan bagi memperkenalkan program-program yang berkaitan.

Menurutnya, fokus utama lebih tertumpu kepada aktiviti KSMU memandangkan ia satu-satunya universiti yang menyediakan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.

Advertisement