Anda di sini

Mojigoh yakin masyarakat Cina akan sokong kerajaan

Advertisement

KOTA KINABALU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di sini yang mempunyai majoriti masyarakat Cina dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lalu, akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh berkata, BN yakin bahawa kawasan seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Penampang khususnya Kepayan akan dimenangi BN.

Masyarakat Cina kini tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada pihak pembangkang memandangkan perpecahan yang jelas dilihat dalam parti mereka khususnya DAP.

Selain itu, Perdana Menteri juga telah menyatakan bahawa masyarakat Cina adalah rakyat negara ini dan tidak membenarkan mana-mana pihak mengeluarkan sentimen yang menyakiti semua kaum di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini pada Rabu.

Beliau juga menegaskan bahawa Sabah menolak sekeras-kerasnya golongan ekstremis yang sering menggugat perpaduan masyarakat.

Katanya, di Sabah tidak menjadi masalah kepada masyarakat beragama Islam untuk duduk bersama dengan kaum bukan Muslim di kedai Cina.

Ini adalah Sabah dan perpaduan dalam semua kaum di sini terjaga, janganlah ada pihak tertentu datang ke sini untuk menjejaskan kesatuan ini,” katanya.

Mojigoh juga berharap masyarakat Cina di seluruh Malaysia khususnya Sabah sentiasa bersatu padu untuk terus menyokong kerajaan BN.

Hadir sama ialah Pengerusi Tabung Pendidikan One Place Mall Poh Wing Hiung.

Advertisement