Anda di sini

Billy Graham: Pengkhutbah kepada jutaan, penasihat kepada beberapa presiden AS

Advertisement

WASHINGTON: Reverend Billy Graham, pengkhutbah Southern Baptist berpe-ngaruh yang menjadi penasihat rohani kepada beberapa orang presiden Amerika Syarikat (AS) dan jutaan warga Amerika menerusi peti televisyen mereka, meninggal dunia kelmarin. Beliau ber-usia 99 tahun.

Pastor yang berasal dari kawasan desa itu dan akhirnya menjadi penginjil Kristian paling terkemuka di dunia, menyebar mesej penebusan jiwa di persidangan keba-ngunan rohani dalam khemah dan stadium, dalam karier yang menjangkau masa berdekad-dekad.

Billy Graham yang agung sudah meninggal dunia,” tweet Presiden Donald Trump dalam penghormatannya.

Tidak ada orang seperti-            nya! Beliau akan dirindui orang Kristian dan semua agama. Seorang insan yang sangat istimewa.”

Trump mengarahkan bendera Amerika dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih serta kemudahan dan bangunan awam lain di AS pada hari pengebumian Graham.

Pengkhutbah Southern Baptist itu rapat dengan keluarga Presiden George W. Bush, yang pernah menyata-kan bahawa pertemuan tertutup dengan Graham pada 1985 telah membantunya berhenti mengambil minuman keras.

Lebih terkini beliau telah digambarkan dalam siri drama terbitan Netflix ‘The Crown’ sebagai memberi khidmat nasihat kepada Ratu Elizabeth II ketika baginda masih muda dan menanggung beban sebagai kerabat diraja.

Billy Graham merupakan perkara paling dekat dengan paus kebangsaan yang kita akan lihat dalam sejarah,” wartawan  Garry Wills pernah menulis dalam akhbar The Washington Post.

Kematiannya disahkan oleh Billy Graham Evangelistic Association, organisasi keagamaan yang diketuai anak lelakinya.

Graham merupakan pe-rintis “televangelisme” untuk membawa jiwa kepada Kristus ketika televisyen mula dilancar-kan pada zaman 1950-an.

Dilahirkan pada 7 November 1918, beliau dibesarkan sebagai seorang daripada empat anak di sebuah ladang tenusu di Charlotte, North Carolina.

Graham mengalami ke-sedaran rohani pada 1934 yang mengubah hala tuju kehidupannya.

Beliau seterusnya belajar di Florida Bible Institute, sekarang Trinity College of Florida, dan ditahbis menjadi gembala Baptist pada 1939.

Pada 1950, beliau me-nubuhkan Billy Graham Evangelistic Association (BGEA) di Minneapolis, Minnesota dan melancarkan program radio mingguan ‘Hour of Decision’.

Pelayanannya memboleh-kannya untuk mewartakan Injil di seluruh negara – dan dunia.                

Sepanjang kariernya, beliau memberi bimbingan kepada Presiden Dwight Eisenhower dan John F. Kennedy.

Beliau juga pernah menjadi rakan golf dan chaplain Richard Nixon buat seketika. Presiden George H.W. Bush mengajaknya untuk berdoa di Rumah Putih pada 1991 bagi bimbingan pada hari pertama Perang Teluk.

Namun daripada semua pemimpin AS – yang hampir kesemuanya menganggap diri sebagai Kristian yang mengamalkan ajaran agama mereka – Graham mendapati hanya Jimmy Carter yang menandinginya dalam dedikasi kepada kepercayaannya.

Graham juga dipuji kerana membantu mempercepatkan penamatan pemisahan di selatan negara apabila beliau enggan menyampaikan khutbah kepada hadirin yang dipisahkan selepas 1953.

Graham dan isterinya Ruth Bell Graham – anak perempuan pakar bedah mubaligh yang membesar di China – mempunyai lima orang anak. — AFP

Advertisement