Anda di sini

Tipu AS$1.8 bilion: Polis India berkas pegawai PNB keenam

Advertisement
 Pegawai PNB ditangkap kerana disyaki terbabit kes penipuan AS.8 bilion di bank itu dilihat di dalam kereta polis ketika meninggalkan mahkamah di Mumbai kelmarin. — Gambar Reuters
DITANGKAP: Pegawai PNB ditangkap kerana disyaki terbabit kes penipuan AS.8 bilion di bank itu dilihat di dalam kereta polis ketika meninggalkan mahkamah di Mumbai kelmarin. — Gambar Reuters

NEW DELHI: Polis persekutuan India telah menangkap seorang pegawai kanan di Bank Nasional Punjab (PNB) yang dikendalikan oleh kerajaan, kata agensi berkenaan semalam, manakala inkuiri dalam kes penipuan sebanyak AS$1.8 bilion (RM6.66 bili-on) di bank itu berkembang seminggu selepas ia mende-dahkan keseriusan penipuan yang didakwa.

Polis persekutuan India, Biro Siasatan Pusat (CBI), berkata Rajesh Jindal, bekas ketua cawangan bank itu di Brady House, Mumbai, antara Ogos 2009 hingga Mei 2011, telah ditangkap, menjadikan enam orang bilangan pegawai bank yang ditangkap.

Cawangan itu menjadi tumpuan penipuan yang didakwa membabitkan syarikat yang ada kaitan dengan saudagar berlian, Nirav Modi, di mana peguamnya menafikan sebarang salah laku, dan bapa saudaranya, Mehul Choksi, pemilik syarikat Gitanjali Gems yang menyatakan ia tidak ada kaitan dengan kes itu.

Bank terbabit mendakwa seawal tahun 2011, syarikat yang ada kaitan dengan ke-dua-dua suspek mula menerima surat jaminan (LOU) palsu dari cawangannya di Brady House yang membolehkan mereka untuk meminjam wang dari bank-bank asing.

Sewaktu beliau mengurus cawangan Brady House PNB, amalan mengeluarkan LOU tanpa had yang dibenarkan kepada syarikat kumpulan Nirav Modi sudah bermula,” kata seorang jurucakap CBI yang merujuk kepada Jindal.

Jindal, sekarang ditugaskan sebagai pengurus besar yang mengendalikan kredit di ibu pejabat bank itu di New Delhi, merupakan pegawai bank berprofil tertinggi setakat ini yang telah ditangkap, kata seorang lagi pegawai CBI yang enggan dikenali.

Reuters tidak dapat meng-hubungi Jindal, yang telah ditahan reman dan dijadual dibawa ke mahkamah semalam.

PNB belum lagi membuat kenyataan tentang tangkapan berkenaan sejak ia mencetuskan inkuiri dengan satu laporan kepada polis persekutuan bahawa dua pekerja-nya telah mengeluarkan surat jaminan palsu kepada syarikat yang diketuai Modi dan Choksi.

Lewat kelmarin CBI berkata ia turut menangkap lima pegawai dari kumpulan-kumpulan Nirav Modi dan Mehul Choksi.

Kedua-dua kumpulan belum lagi membuat kenyataan mengenai tangkapan ter-       baharu. — Reuters

Advertisement