Anda di sini

Rasuah: Pemilik bas dipenjara

Advertisement

KUANTAN: Seorang pemilik bas semalam, dihukum penjara sehari dan denda RM11,000 selepas mengaku salah memberi rasuah RM500 kepada Ketua Pembantu Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ahad lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Dazuki Ali juga memerintahkan supaya R.Muthusamy, 67, dipenjarakan selama lima bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Muthusamy didakwa memberi suapan itu dalam bentuk wang tunai kepada Shahrul Sharizal Mt Jawahir yang semasa itu bertugas di Stesen Penguat Kuasa JPJ Karak, Bentong dekat sini pada jam 2.45 petang, 18 Februari lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Shahrul Sharizal untuk melepaskan bas miliknya bernombor pendaftaran PATRIOT 9772 yang dipandu oleh seorang yang tidak mempunyai lesen memandu bas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang berasal dari Sungai Marong, Bentong didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama. — Bernama

Advertisement