Anda di sini

Jet Syria, Rusia terus bedil Ghouta Timur

Advertisement

Hari kedua berturut-turut ragut lebih 100 jiwa, sebuah lagi hospital tidak dapat diguna

 Seorang lelaki membaca doa di sebelah jenazah orang awam yang terbunuh semasa serangan udara di bandar dikuasai pemberontak di Arbin di wilayah Ghouta Timur di pinggir ibu negara Damsyik kelmarin. — Gambar AFP
MALANG: Seorang lelaki membaca doa di sebelah jenazah orang awam yang terbunuh semasa serangan udara di bandar dikuasai pemberontak di Arbin di wilayah Ghouta Timur di pinggir ibu negara Damsyik kelmarin. — Gambar AFP

ARBIN: Serangan udara oleh Syria dan Rusia ke atas kawasan yang dikuasai pemberontak di Ghouta Timur mengorbankan lebih 100 orang awam untuk hari kedua berturut-turut dan menyebabkan sebuah lagi hospital tidak dapat di-gunakan.

Dalam perkembangan besar dalam perang selama tujuh tahun yang rumit di Syria, Damsyik turut menghantar pejuang prorejim ke wilayah utara Afrin, di mana mereka diserang oleh tentera Turki yang menyerang kawasan yang dikuasai Kurdis itu.

Di pinggir Damsyik, sera-ngan udara, roket dan arti-leri telah melanda kawasan Ghouta Timur itu dipercayai sebagai persiapan bagi sera-ngan darat oleh kerajaan.

Sekurang-kurangnya 250 orang awam sudah maut sejak serangan bermula Ahad lepas, antaranya puluhan kanak-kanak, kata Observatori Hak Asasi Manusia Syria.

Serangan bom kelmarin mengorbankan 106 orang awam, termasuk 19 kanak-kanak, kata pemantau perang yang berpangkalan di Britain itu.

Ia merupakan hari kedua berturut-turut di mana jumlah kematian awam mencecah 100, selepas 127 terbunuh Isnin lepas dalam hari paling berdarah dalam tempoh empat tahun di Ghouta Timur.

Serangan itu menyebabkan sebuah hospital penting tidak dapat berfungsi, sekali gus membataskan lagi bantuan perubatan yang dapat diakses oleh orang awam yang terkepung.

Hospital Arbin diserang dua kali pada hari ini dan sekarang tidak dapat digunakan,” kata Mousa Naffa, pengarah wilayah di Jordan bagi Persa-tuan Perubatan Syria Amerika (SAMS), yang menyokong hospital tersebut.

Observatori menyalahkan pesawat perang Rusia, dan berkata Moscow melancarkan serangan pertamanya dalam tempoh tiga bulan ke atas Ghouta Timur.

Wilayah yang dikuasai pemberontak itu kononnya dimasukkan ke dalam satu perjanjian untuk mengu-rangkan keganasan, tetapi Presiden Bashar al-Assad dipercayai sedang menyedia-kan tentera untuk serangan darat bagi menawan semula wilayah tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres “amat bimbang mengenai situasi yang semakin buruk di Ghouta Timur dan impaknya yang dahsyat ke atas orang awam”, kata jurucakapnya Stephane Dujarric.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Heather Nauert mengkritik “taktik kepung dan lapar” rejim Assad dan berkata: “Penamatan keganasan mesti bermula sekarang.”

Ghouta Timur diduduki lebih 400,000 orang yang tinggal di bawah kepungan kerajaan yang melumpuhkan, dengan akses sedikit kepada sumber perubatan atau makanan.

PBB berkata enam hospital telah diserang di wilayah ber-kenaan dalam tempoh 48 jam, selain hospital di Arbin.

Sekurang-kurangnya tiga tidak dapat digunakan lagi dan dua lagi dapat berfungsi sebahagiannya, kata penyelaras kemanusiaan wilayah PBB bagi Syria, Panos Moumtzis.

Ia tidak dapat dibayang-kan apa yang berlaku di Ghouta Timur pada hari ini,” katanya.

Penderitaan tidak terkira tidak dapat diterima, dan penduduk tidak tahu sama ada mereka akan hidup atau mati. Mimpi ngeri di Ghouta Timur mesti dihentikan dan mesti dihentikan sekarang.”

Beberapa jam sebelum hospital Arbin dibom, seorang doktor di sana bercakap me-ngenai mangsa yang mereka telah rawat.

Tarikh 19 Februari me-rupakan antara hari terburuk yang pernah kami lalui dalam sejarah krisis ini,” kata Abu al-Yasar kepada AFP.

Dia menceritakan bagai-mana dia merawat seorang bayi berusia setahun dengan kulit biru dan denyutan nadi yang lemah, selepas bayi itu diselamatkan dari bawah runtuhan.

Saya membuka mulutnya untuk memasukkan tiub pernafasan dan saya mendapati ia penuh dengan tanah,” kata Abu al-Yasar.

Dia mengeluarkan tanah secepat mungkin, memasukkan tiub pernafasan dan berjaya menyelamatkan bayi itu.

Ini hanyalah satu cerita di antara ratusan mangsa yang cedera.”

Pertumpahan darah itu mendorong agensi kanak-kanak PBB UNICEF untuk mengeluarkan satu kenyata-an yang menyebut “kami tidak lagi ada kata-kata untuk menggambarkan penderitaan kanak-kanak”.

Kumpulan pembangkang utama di Syria mengecam serangan kerajaan sebagai “pertumpahan darah” dan “jenayah perang”, dan berkata ia mungkin akan menarik diri daripada rundingan damai tajaan PBB untuk membantah serangan tersebut.

Kelmarin sembilan orang maut dan 49 lagi cedera dalam serangan pemberontak ke atas ibu negara, media kerajaan melaporkan.

Akhbar Al-Watan, yang dekat dengan kerajaan, berkata kempen serangan bom itu “dilancarkan sebelum satu operasi besar ke atas Ghouta, yang mungkin akan bermula di medan pada bila-bila masa”.

Turki pula telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas militia Unit Perlin-dungan Rakyat Kurdis (YPG) dalam kawasan Afrin sejak sebulan lalu tetapi kelmarin pertaruhan dinaikkan lagi.

Ratusan tentera prokerajaan Syria memasuki wilayah tersebut buat pertama kali sejak 2012 untuk menentang Turki bersama tentera Kurdis yang dianggap oleh Ankara sebagai cabang kepada pemberontakan di dalam negara-nya sendiri.

Namun mereka segera dibedil oleh tentera Turki, yang menyatakan mereka telah melepaskan “tembakan amaran” ke arah “kumpulan pengganas prorejim”.

Dalam satu kenyataan, juru-cakap YPG Nuri Mahmud berkata tentera Kurdis telah menyeru kepada kerajaan di Damsyik untuk membantu menangkis serangan Turki.

Kerajaan Syria menyahut seruan itu, memikul kewajipan dan menghantar unit tentera pada hari ini, 20 Februari, untuk mengambil kedudukan di sempadan, dan mengambil bahagian dalam usaha mempertahankan kesatuan negara Syria dan sempadannya,” kenyataan itu menyebut.

YPG menguasai Afrin sejak tentera kerajaan berundur dari kawasan majoriti Kurdis di utara negara pada 2012. — AFP

Advertisement