Anda di sini

Abbas tuntut persidangan antarabangsa

Advertisement

Untuk lancar proses damai baharu lebih meluas, buka laluan kenegaraan Palestin

 Abbas (depan) bercakap pada persidangan Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB                   di New York kelmarin menuntut diadakan persidangan antarabangsa pada hujung tahun ini untuk melancarkan proses damai baharu yang lebih meluas di Timur Tengah dan membuka laluan bagi kenegaraan Palestin. — Gambar Reuters
TEGAS: Abbas (depan) bercakap pada persidangan Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York kelmarin menuntut diadakan persidangan antarabangsa pada hujung tahun ini untuk melancarkan proses damai baharu yang lebih meluas di Timur Tengah dan membuka laluan bagi kenegaraan Palestin. — Gambar Reuters

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Pemimpin Palestin Mahmud Abbas kelmarin menuntut diadakan persidangan antarabangsa pada hujung tahun ini untuk melancarkan proses damai baharu yang lebih meluas di Timur Tengah dan membuka laluan bagi kenegaraan Palestin.

Dalam satu ucapan yang jarang berlaku kepada Majlis Keselamatan PBB, Abbas membentangkan rancangan untuk menghidupkan semula rundingan Israel-Palestin di bawah proses damai antarabangsa baharu yang akan menggantikan rundingan yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Keputusan Presiden AS Donald Trump untuk meng-iktiraf Baitulmuqaddis se-bagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan penduduk Palestin, yang menyatakan Washington tidak dapat lagi memainkan peranan sebagai perantara proses damai.

Untuk menyelesaikan persoalan Palestin, ia amat penting untuk mewujudkan mekanisme antarabangsa pelbagai hala yang dihasilkan oleh satu persidangan antarabangsa,” kata Abbas.

Abbas berkata persidangan itu akan dihadiri Israel dan Palestin, pemain serantau, lima anggota tetap Majlis Keselamatan – Britain, China, Perancis, Rusia dan AS – dan Kuartet diplomatik yang terdiri daripada Kesatuan Eropah (EU), Rusia, AS dan PBB.

Perhimpunan itu diharap akan membawa kepada ke-anggotaan sepenuhnya dalam PBB bagi negara Palestin, pengiktirafan oleh Israel dan Palestin terhadap satu sama lain, dan pembentukan mekanisme antarabangsa baharu untuk mencapai penyelesaian muktamad, katanya.

Pemimpin Palestin itu segera meninggalkan dewan majlis selepas menyampaikan ucapannya, yang membuat Duta Israel Danny Danon mengadu bahawa Abbas “lari” daripada dialog.

Dalam ucapannya kepada majlis, Duta AS Nikki Haley memberi amaran bahawa tindakan merujuk kepada PBB dan menolak peranan AS dalam rundingan damai “tidak akan membawa rakyat Palestin ke mana-mana dalam usaha mereka untuk mencapai aspirasi mereka”.

Haley diiringi ke mesyuarat majlis itu oleh Jason Greenblatt, duta AS bagi proses damai Timur Tengah, dan Jared Kushner, menantu Trump dan penasihat me-ngenai usaha damai Israel-Palestin.

Perunding kami duduk di belakang kami, bersedia untuk berunding,” katanya sebelum menambah: “Tetapi kami tidak akan mengejar anda. Pilihan, Tuan Presiden, milik anda.”

Proses damai Israel-Palestin buntu sejak usaha besar yang dijalankan oleh pentadbiran Barack Obama berakhir dengan kegagalan pada April 2014.

Pentadbiran Trump sedang menyediakan pelan damai baharu walaupun peluang untuk mencapai persetujuan nampak suram.

Palestin berharap pem-babitan antarabangsa yang lebih tinggi dalam proses damai akan bertindak untuk menangani apa yang mereka lihat sebagai pendirian AS yang berat sebelah kepada Israel selepas keputusan Trump mengenai Baitulmuqaddis.

Israel, yang sering me-nuduh EU dan PBB men-diskriminasinya, keberatan untuk menerima perantara yang lain daripada AS.

Greenblatt dan Kushner kemudian berjumpa dengan duta-duta majlis secara tertutup untuk membincangkan usaha damai AS tetapi mereka tidak memberi maklumat khusus mengenai pelan Trump.

Mereka bercakap me-ngenai kemajuan dalam usaha dan hubungan mereka, dan ini adalah berguna,” kata Duta Perancis, Francois Delattre.

Perancis, yang menganjurkan satu sidang damai Timur Tengah di Paris pada tahun lepas, bersedia untuk meneliti cadangan Abbas bagi pendekatan baharu, tetapi ini “tidak akan menimbulkan keraguan” mengenai peranan AS yang “amat diperlukan”, kata Delattre kepada majlis.

Palestin menganggap wilayah Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara mereka pada masa depan dan ketetapan PBB menyeru kepada negara lain untuk tidak memindahkan kedutaan mereka ke kota itu sehingga statusnya diselesaikan dalam satu perjanjian Israel-Pales-tin.

Pada Disember lalu, Perhimpunan Agung mengundi 128-9, dengan 35 pengecuali-an, untuk menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis.

Undi itu dalam dewan 193 negara anggota itu di-buat selepas 14 daripada 15 anggota majlis mengundi untuk menyokong langkah yang sama.

AS menggunakan kuasa veto untuk menolak draf ketetapan tersebut.

Ketegangan turut merun-cing berhubung keputusan AS untuk mengurangkan pembiayaan kepada agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA).

PBB memberi status negara pemerhati bukan anggota kepada Palestin pada 2012, tetapi kenaikan taraf kepada keanggotaan sepenuhnya memerlukan sokongan sebulat suara dari Majlis Keselamatan – sesuatu yang tidak mungkin memandangkan AS hampir pasti akan menggunakan kuasa veto untuk menghalangnya. — AFP

Advertisement