Anda di sini

Tangguh bina jejambat kerana laluan Papar-Benoni-Beaufort tidak sesuai

Advertisement

PAPAR: Kerajaan diminta menimbangkan untuk menangguh rancangan membina jejambat di sepanjang jalan raya Papar-Benoni-Beaufort, sebagai sebahagian projek mega Lebuh Raya Pan Borneo, memandangkan ia tidak sesuai buat masa ini.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun berkata pembinaan jejambat itu akan memberi impak kepada pertumbuhan perniagaan di Pusat Komersil Benoni (BCC) serta aktiviti perniagaan di daerah ini.

Beliau menjelaskan bahawa jejambat itu akan menyebabkan pengunjung terus memandu dan terlepas pandang kepada BCC, tanpa berhenti di pusat komersil berkenaan.

Jejambat ini baik untuk rakyat tetapi tidak kepada masyarakat peniaga di Benoni (pusat komersil),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menangguh rancangan membina jejambat itu dan sebaliknya, mendirikan lampu trafik di kawasan bulatan berkenaan.

Kita menghargai dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri atas pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina BCC di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan WSG Datuk Susan Wong berkata, ekonomi di Papar baharu mula berkembang tetapi pembinaan jejambat akan memberi impak kepada perniagaan tempatan.

Katanya, jejambat itu akan memberi impak laluan ke Papar dan BCC dan pengunjung sudah tentu akan terus menuju ke Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, beliau berkata kini adalah masa terbaik untuk melabur dalam hartanah.

Katanya, BCC terletak di lokasi strategik sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo, yang dijangka siap pada 2019 dan apabila lebuh raya itu siap, harga BCC akan meningkat dan memberi pulangan yang baik kepada pelabur.

Sesiapa yang berminat untuk melabur dalam hartanah maka sekarang ini adalah masanya untuk merebut peluang mendapatkan rumah kedai di BCC,” katanya.

Susan berkata, fasa pertama dan kedua BCC telah mendapat sijil menduduki (OC), manakala hanya sedikit unit boleh didapati untuk fasa tiga.

Katanya, BCC hanya 3 kilometer dari pekan Papar dan tertetak tidak jauh dari Sekolah Menengah Papar.

BCC mempunyai 177 unit bangunan dua dan tiga tingkat lot kedai. Dua fasa pertama telah pun dijual serta dimiliki dan hanya 10 daripada 48 unit di fasa tiga masih boleh didapati.

Setiap unit untuk fasa ketiga berharga RM1.2 juta dan dijangka siap pada pertengahan 2018.

Katanya, Servay Hypermarket dan KFC juga dijangka akan berada di BCC bulan depan.

Susan berkata, pembangunan masa depan pusat komersil itu termasuk hotel 11 tingkat dengan 250 bilik dan pusat beli-belah.

Sementara itu, Susan berkata Apartmen Taman Benoni merangkumi menara kediaman 13 tingkat dengan 115 unit di setiap blok.

Terdapat tiga jenis unit untuk pilihan, iaitu 560, 900 atau 1,000 kaki persegi.

Katanya, unit studio 500 kaki persegi berharga RM190,000 ke atas, manakala unit 900 dan 1,000 kaki persegi berharga RM250,000 ke atas.

Turut hadir, Pengarah Kumpulan WGS Datuk Wong Tem An, Vanessa Wong, Melissa Wong dan Jonathan Wong.

Advertisement